Ciri-Ciri Pasangan Anda Mempunyai Sikap Positif.

Orang yang positif sangat disegani oleh orang ramai. Walaupun dia seorang yang tidak agresif, tetapi dia mempunyai kelebihan yang tertentu yang menyebabkan ramai orang tertarik kepadanya. Orang positif biasanya mampu menjadi magnet untuk seseorang berubah ke arah kebaikan. Antara ciri-ciri orang yang mempunyai sikap positif adalah:



1. Berfikir baik.

Walau dia dilanda masalah besar sekalipun, dia tetap bersikap tenang dalam menghadapi situasi tersebut. Apa yang difikirkan adalah menyelesaikan masalah itu, bukan menambahkan masalah tanpa ada konklusi. Jika anda dilanda masalah, dia dapat menjadi pendengar yang baik, kemudian memberi kata-kata semangat yang boleh memotivasikan anda. Dia juga banyak berbaik sangka terhadap orang untuk menjadikan dia kekal dengan sikap positif.

2. Berkata baik.

Kata-katanya tidak menyinggung perasaan orang. Setiap yang keluar dari mulutnya adalah permata bukan pasir. Sebab itu juga dapat kita perhatikan orang yang positif, dia tidak banyak bercakap kerana dia banyak berfikir kemudian baru melontarkan apa yang mahu dikatakan dengan tenang. Apabila bercakap akan mendatang motivasi, membuat orang tertarik kepadanya.

3. Berbuat baik.

Perbuatannya menyenangkan ramai orang. Orang begini, apabila ada disayangi, apabila tiada sangat dirindui. Suka membantu walaupun dia sendiri dalam keadaan susah, tidak menyulitkan orang apabila berbuat sesuatu dan mengutamakan orang lain daripada dirinya sendiri.

4. Berhati baik.

Apabila dia berbuat sesuatu, dia ikhlas melakukannya. Tidak mengharapkan balasan daripada sesiapa. Biarlah hanya Allah sahaja memberikannya pahala yang berlipat kali ganda di akhirat kelak.


Orang yang mempunyai sifat ini akan bahagia kehidupannya. Sifat ini juga menyebabkan pasangan sangat terpesona terhadapnya. Walaupun wajah tidak kacak atau cantik, tetapi kecantikan hatinya membuat orang terpegun. kebaikannya pula tempias kepada kita iaitu merasa ingin berbuat baik sepertinya.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen