Tujuan Sebenar Perkahwinan.

Cintakan bunga, akan layu;

Cintakan manusia, akan mati;

Cintakan Allah, kekal abadi.


Cintakan sesuatu yang kita punya tetap kita akan berpisah. Kerana sudah tentunya setiap manusia akan menemui ajal suatu hari nanti. Tujuan perkahwinan bukan sekadar keseronokan dunia semata-mata. Tetapi lebih daripada itu. Iaitu membina perkahwinan untuk tujuan akhirat.

Manusia memilih pasangan hidup atas beberapa faktor. Kerana kecantikan, harta, keturunan dan agama. Cintakan manusia kerana kecantikan, kecantikan itu akan pudar mengikut usia seseorang, cinta kerana harta, boleh jadi kelak kekayaan tersebut akan hilang. Cinta kerana keturunan, boleh jadi manusia akan tawar hati apabila bersama kelak kerana pasti dan pasti setiap manusia mempunyai kelemahan.

Tetapi yang lebih utama kita pilih adalah pasangan yang mempunyai agama yang baik. Bahkan, kita disarankan agar tidak menolak pasangan yang mempunyai agama yang baik apabila mereka masuk meminang kerana risau akan mengakibatkan fitnah kelak.


Perkahwinan adalah untuk membina keluarga sakinah, mawadah dan rahmah. Untuk mendapatkan ketiga-tiga ini perlulah berusaha mencari pasangan yang baik agamanya. Kerana yang lebih penting bukanlah kebahagiaan di dunia. Tetapi kebahagiaan di akhirat. Apabila kedua-dua pasangan beriman dan terlepas dari api neraka, maka mereka masih boleh hidup bersama. Malah dalam keadaan lebih kacak dan cantik.

Dalam membuat pemilihan, hendaklah menilai agama calon tersebut. Bukan sekadar mempunyai ilmu agama yang banyak. Tetapi adakah calon tersebut mampu mengamalkan apa yang dipelajari. Itu adalah yang lebih utama dalam membuat pemilihan. Kualiti adalah lebih penting berbanding kuantiti.

Berpendidikan tinggi dalam bidang agama tidak menentukan samaada baik buruknya. Tetapi dengan menilai akhlak, budi pekerti serta kepatuhan terhadap agama akan menentukan siapakah dia. Adakah dia seorang yang baik mahupun sebaliknya.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen