Mencintai Dan Membenci Seseorang Sekadarnya.

Hidup ini kadang kita berada di atas, kadang di bawah. Kemungkinan hari ini, hari bahagia buat kita. Esok hari duka. Sudah menjadi lumrah kehidupan disukai dan dibenci. Tetapi dalam kita mencintai atau membenci seseorang, biarlah berpada-pada. Kelak, kita tidak mengetahui keadaan yang bakal terjadi.

Apapun, menjadi manusia yang terbaik itu sudah semestinya. Kita perlu melakukan yang terbaik demi pasangan. Tetapi usahlah mengharapkan pembalasan daripada mereka. Kelak, kita sendiri akan menyesal. Hatta ucapan terima kasih sekalipun usahlah diharapkan.



Cintailah pasangan secara berpada-pada, kerana boleh jadi suatu hari nanti dia akan membenci dan menjadi musuh kita. Hari ini kemungkinan pasangan dengan kita sangat baik, esok tidak diketahui lagi bagaimana. Oleh itu, ikhlaslah dalam melakukan apa sahaja kebaikan tanpa mengharap pembalasan. Supaya nanti kita tidak akan kecewa dengan perbuatan si dia kepada kita.

Dalam membenci seseorang pula pun begitu. Bencilah sekadarnya. Kita tidak mengetahui kemungkinan dia adalah pasangan hidup kita. Banyak kejadian hari ini sememangnya berlaku begitu. Jadi, tidak perlu terlalu ego dalam menolak cinta. Jika tidak menyukai, katakan secara elok dan sopan. Kerana jika Allah mentakdirkan dia adalah jodoh kita, maka malulah kita pada waktu itu. Perlu hidup lama pula dengan orang dibenci. Opsss! hehehe Bukankah akan ada penyesalan dalam diri kelak?


Jadi, bersederhana dalam hidup ini semestinya menjadi keperluan bagi kita. Jadilah seorang yang sentiasa tenang. Bila dicintai kita bahagia, bila dikhianati kita bersabar. Bukankah itu adalah jalan terbaik buat kita?

Apapun, pasti apa yang Allah berikan kepada kita meskipun baik mahupun buruk, sudah tentu itu adalah yang terbaik buat kita. Dia maha mengetahui akan keperluan hambanya, bukan memberi apa yang kita kehendaki. Kerana keperluan itu adalah lebih penting daripada kehendak.



وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ ۚ فَإِنْ كَرِهْتُمُوهُنَّ فَعَسَىٰ أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَيَجْعَلَ اللَّهُ فِيهِ خَيْرًا كَثِيرًا

Dan bergaullah dengan mereka secara patut. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.
[An-Nisa: 19]

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen