Lima Penipuan Yang Selalu Dilakukan Oleh Kaum Lelaki Terhadap Pasangannya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sudah menjadi kebiasaan dalam perhubungan ini apabila pasangan kita ini akan menipu diri kita untuk menyelamatkan dirinya. Walaupun pada akhirnya perkara tersebut akan terbongkar juga. Tetapi bagi mereka tidak mengapa, kerana perkara itu selamat untuk sementara waktu. Jadi tidak ada masalah. Sebenarnya ramai sahaja wanita yang tidak berjaya menangkap penipuan pasangan mereka. Hal ini kerana mungkin mereka sudah malas untuk mengungkit perkara itu lagi, walaupun hati mereka sakit. Tapi apabila diungkit hati mereka juga yang sakit, lebih baik berdiam diri.



Jadi ini dia, lima penipuan yang selalu pasangan anda lakukan terhadap anda. Sila hati-hati selepas ini.

1. Mengenai pakaian anda.

Apabila ditanya mengenai fesyen yang anda kenakan di badan anda. Bagi anda ia rasa seperti sesuatu yang sangat pelik dan tidak selesa untuk anda pakai apabila keluar bersamanya. Tapi bagi dirinya anda kelihatan menarik walaupun dalam hakikat sebenarnya tidak. Mengapa? Kerana si dia sudah melihat anda begitu minat dan berkenan terhadap pakaian tersebut. Jadi mereka kata lawa sahaja lah.

2. Ketika cuba mengawal keadaan.

Apabila sesuatu kejadian berlaku, seperti tiba-tiba anda perlu keluar daerah untuk pergi kursus dan tiada siapa akan menjaga anak anda. Tetapi suami anda dengan senang hati bersedia menjaga anak anda walaupun pasangan anda tidak pernah melakukannya tanpa anda di sisinya. Jadi selama beberapa hari itu, kehidupannya agak kalut kerana tidak biasa lakukan perkara itu. Tetapi nak buat macam mana ego si lelaki mana nak mengaku yang mereka tidak boleh.

3. Kecantikan wanita lain.

Ini adakah perkara yang paling kerap pasangan menipu. Mengapa? Ini kerana untuk menjaga hati mereka. Apabila tertangkap sedang melihat wanita lain, dan anda menegurnya. Si dia lalu akan memandang ke arah lain. Dan dirinya tidak akan mengaku akan hal itu.


4. Apabila pasangan tiada mood.

Ketika pasangan tiba-tiba tiada mood untuk berbual dan bergurau. Selalunya ia akan cepat melenting dan marah. Tetapi apabila si dia melihat anda dalam keadaan itu terus sahaja akan katakan “tak apalah kalau tak ada mood” tetapi dalam hatinya berharap anda akan mengubah mood anda ketika itu juga.

5. Selepas tertangkap melakukan kesalahan.

Sudah menjadi kebiasaan dan, kata sumpah dan janji tidak mengulangi sesuatu kesalahan itu. Tetapi akhirnya tetap juga melakukannya lagi. Jadi jangan percaya sangat dengan kata janji dan sumpah pasangan anda itu. Mereka hanya menggunakannya untuk mengelakkan pergaduhan sahaja.

Kesimpulannya, kesemua penipuan itu dilakukan demi menjaga hati pasangan mereka tetapi jangan terlalu kerap mengulangi perbuatan itu. Nanti ia akan memakan diri semula. Lebih baik berterus terang yang menyakitkan hati berbanding penipuan yang menyenangkan hati.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen