Maksud ‘Tag’ Wanita Kepada Pasangannya Di Media Sosial.

Itulah wanita. Apa saja yang ditemui media sosial, pasti akan dikongsi bersama dengan orang yang disayangi. Kelakuan wanita sebegini kadang kala menjadi tanya tanya seorang lelaki untuk memahaminya. Apa sebenarnya wanita ini mahukan? Sebenarnya, mereka selalu tag anda sebab?



1. Sama-sama ambil tahu.

Selalunya, jika ada info menarik yang berkaitan dengan pasangan atau hal rumah tangga misalnya, mereka ingin anda juga tahu tentang hal tersebut. Mana tahu boleh diaplikasi di masa akan datang. Jadi, layankan saja. Baca, dan ingat. Nanti kena soal payah pula. Hehehe

2. Permintaan.

Nak berterus terang payah. Itulah wanita. Suka sangat berkias dengan pasangan. Tak dapat merajuk pula. Hehe Jangan marah. So, untuk memahamkan kaum adam, wanita mempunyai teknik tersendiri agar lelaki dapat memahami mereka. Jadi, cara yang digunakan, tag saja pasangan. Misalnya ada jualan murah di tempat yang berdekatan dengan lokasi anda berdua. Sebenarnya dia mahu katakan, “awak, jom pergi sana.” Hehe Kan kaum hawa semua?

3. Tegur.

Sebenarnya mereka mahu menegur anda. Jika ada artikel yang berkaitan dengan sikap yang tidak baik misalnya, dia mahu anda tahu itu satu kesalahan yang diharapkan anda boleh berubah di masa yang akan datang apabila membaca artikel tersebut. Mungkin saja hujah mereka sebelum ini tidak terlalu kuat. Dengan adanya artikel berkenaan, dapatlah menyokong kenyataan yang diberikan selama ini. So, tolonglah faham wahai kaum adam semua. Mereka mahu anda menjadi orang yang lebih baik. Itu je.


Apapun wahai kaum hawa semua, berpada-padalah dalam tag pasangan anda di media sosial. Lelaki juga ada maruah, jangan aibkan mereka. Jika mahu tegur, lebih elok tegur secra berdepan. Tidak pun share link secara personal kepada mereka. Lebih-lebih lagi hal yang terlalu sulit.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen