Beza Bakal Suami Dengan Lelaki Buaya Darat.

Kebanyakkan lelaki mengenali dan merapati seorang wanita, bukan untuk mengahwini mereka. Tetapi mereka hanya ingin jadikan wanita sebagai hiburan semata-mata. Mereka ingin menggunakan kelebihan yang terdapat pada wanita, bersuka-suka bahkan ada yang lebih teruk, merosakkan wanita. Kita dapat membezakan kedua-duanya ini dengan penelitian melalui:



1. Personaliti.

Jangan sesekali terpedaya dengan pakaian seorang lelaki. Tidak bermakna pakaian elok mempunyai akhlak yang baik. Lihat bagaimana seorang lelaki itu bergaul dengan orang lain. Adakah dia sangat rapat dengan wanita? Sekiranya ya, itu petanda dia lelaki buaya darat. Carilah lelaki yang hormat kepada orang lain, lebih-lebih lagi apabila bersama wanita.

2. Kata-kata.

Seorang lelaki yang mengimpikan anda menjadi isteri akan meletakkan impian masa hadapan bersama anda. Contohnya, “nanti saya nak beli rumah besar, awak jaga anak-anak ya. Biar saya je kerja.” Kata-kata ini menunjukkan lelaki tersebut serius dalam perhubungan. Lelaki buaya darat hanya pandai bermain kata-kata manis sehingga membuatkan wanita diulik mimpi dan tertipu.

3. Cara bergaul.

Bakal suami akan menjaga tingkah laku apabila bersama. Kerana dia mahu keseronokkan dalam perhubungan dapat dirasai ketika sudah bergelar suami isteri sahaja. Lelaki buaya darat akan berlakon menjadi seorang yang sangat prihatin terhadap diri anda, bahkan membuatkan anda terpesona dan terpedaya. Hati-hati.

4. Kesungguhan.

Lelaki buaya darat tidak akan serius dalam hal perkahwinan, kerana baginya wanita hanyalah hiburan buat mereka. Untuk berjumpa ibu bapa sudah tentu tidak. Jika ada seorang lelaki sanggup dan berani berjumpa ibu bapa seorang wanita, itu petunjuk dia calon suami yang baik. Kalau tolak, menyesal.


Oleh itu, kenal pasti betul-betul mana lelaki yang boleh dijadikan suami, dan yang mana lelaki buaya darat. Pastinya seorang wanita hanya mahukan dirinya dilindungi kan? Bukan untuk dinikmati atau dikhianati. Jadi, pilih betul-betul dan buat keputusan yang tepat.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen