Elakkan Kata 3 Perkara Ini Terhadap Pasangan Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam menjalinkan hubungan ini kata-kata adalah perkara yang perlu dijaga untuk memastikan hubungan yang dibina itu menjadi satu kenyataan yang diimpikan. Seseorang biasanya tidak akan menjaga kata-katanya apabila sudah terlalu selesa bersama seseorang. Sedangkan kata-kata itu masih perlu dijaga walaupun setelah mengenali seseorang itu luar dan dalamnya. Hal ini kerana, kita tidak tahu dan tidak dapat menduga hati seseorang itu. Jadi buat pasangan bercinta, elakkan untuk kata 3 perkara ini pada pasangan anda.



1. Awak dah ada duit untuk beli kereta? Rumah? Hantaran?

Kewangan adalah satu perkara yang sangat sensitif dalam perhubungan. Sepasang suami isteri boleh bercerai gara-gara hanya masalah kewangan. Jadi tidak mustahil jika anda yang sedang bercinta ini juga akan mengalami masalah yang sama. Jika anda merasakan si dia masih belum mempunyai kewangan yang kukuh jangan tanyakan hal-hal seperti itu. Tetapi cuba untuk membantu dirinya dengan mengajaknya untuk menabung bersama.

2. Kejap lagi, sabar lah.

Seseorang akan terasa bengang apabila terlalu lama menunggu. Jadi apabila anda masih memberikan alasan terhadap seseorang yang menunggu anda ia hanya akan menimbulkan rasa marahnya. Adalah lebih elok jika anda memohon maaf berbanding memberikan alasan yang lebih banyak dan merimaskan.


3. Awak lebih baik berbanding pasangan sebelum ini.

Syarat utama dalam percintaan adalah jangan membandingkan pasangan anda dengan bekas kekasih. Hal ini akan menyebabkan pasangan anda akan merasa berkecil hati berbanding gembira walaupun kata-kata itu satu pujian bagi dirinya.

Pasangan anda mempunyai hati sama seperti anda. Jika anda merasakan anda akan terguris dengan kata-katanya, begitu juga dirinya. Jadi berhati-hati ketika berkata agar tidak mengguriskan hatinya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen