Adakah Anda Serasi Dengan Pasangan?  Jom Lihat Keserasian Anda Melalui Jenis Darah.

Sebelum meletakkan harapan seratus peratus pada artikel ini, ia hanyalah hiburan semata-mata untuk menenangkan minda.

Kadang-kala untuk melihat anda dengan pasangan serasi atau tidak, boleh juga melihat melalui jenis darah. Ia juga walaubagaimanapun boleh memberi ‘hint’ untuk anda sendiri, melihat tahap keserasian tersebut.



JOM LIHAT KESERASIAN ANDA

A: Mungkin anda serasi dengan mereka yang memiliki darah jenis A, O dan AB. Jika dengan A, kalian berdua mempunyai hubungan yang sangat romantik, dengan mereka darah O pula kalian berdua melengkapi antara satu sama lain, manakala dengan AB, kalian sangat menenangkan.

Tetapi anda tidak boleh ‘ngam’ dengan B.

O: Mungkin sangat serasi dengan A dan B tetapi akan bercakaran dengan mereka yang mempunyai darah jenis AB. Walaubagaimana pun apabila bercinta dengan jenis darah yang sama iaitu O, mempunyai banyak cabaran dan dugaan. Anda berdua tetap mahu bersama, walaupun banyak bergaduh.

Ini kerana mereka yang berdarah O mempunyai jati diri dan keinginan berdikari yang sangat tinggi. Jadi, mereka berdua ni sama-sama KERAS KEPALA.

AB: Mungkin sangat serasi dengan AB dan B kerana anda berdua sangat ‘loving’.

Dan yang terakhir pada mereka yang memiliki darah jenis B mempunyai hubungan yang sangat hambar dengan jenis darah yang sama iaitu B.



JIKA ANDA BERGADUH DENGAN PASANGAN JENIS DARAH…

O: Anda perlu meminta maaf dengan cepat, kemudian memeluk mereka. Ini kerana mereka yang memiliki jenis darah ini seperti yang anda tahu sangat keras kepala. Jadi, tidak boleh melengahkan masa untuk meminta maaf, mengabaikan dan tiada sentuhan seperti memeluk.

A: Anda perlu mengaku anda melakukan kesalahan walaupun ketika itu bukan anda yang salah. Ini kerana mereka adalah seorang yang tegas dan agak konservatif.

B: Anda perlu bijak berkata-kata, menyusun setiap butir kata-kata tersebut supaya dapat memberi mereka peluang untuk memberi solusi setiap konflik. Ini kerana mereka memerlukan pasangan yang lebih rasional daripada mereka sendiri.

AB: Perlu berbincang dengan pihak ketiga iaitu orang yang rapat dengan mereka seperti sahabat baik atau ahli keluarga. Kadang-kala hanya orang yang rapat dan mengenali mereka sahaja, tahu untuk ‘mencairkan’ hati mereka yang keras.

Namun sedemikian ia hanyalah mitos dan stereotaip. Yang pasti, kita mungkin berbeza kumpulan darah, atau kumpulan sosial, tetapi kita semua bersatu melalui darah yang sama merah.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen