4 Pengorbanan Cinta Ini Tidak Harus Anda Lakukan Walaupun Sangat Mencintai Dia.

Oleh: Zuzu Yasmine

Cinta itu kadang kala tidak perlu dipenuhi dengan pengorbanan yang hanya akan melukakan sebelah pihak sahaja. Ia seharusnya adalah perjuangan bersama-sama. Hubungan itu perlu kerjasama antara dua orang untuk mencapai kebahagiaan. Hal ini kerana, kebahagiaan yang dicari itu untuk dirasai bersama. Tidak salah untuk berkorban, tetapi ia perlu lah bersesuaian dan mempunyai batasnya. Namun begitu, jangan anda terlalu mudah untuk mengorbankan mengenai 4 perkara ini.



1. Terlalu mudah untuk memaafkan.

Anda akan menderita secara bersendirian apabila anda sanggup mengorbankan perasaan anda sendiri. Di mana, setiap kesalahan yang dia lakukan akan terus anda maafkan kerana ia hanya akan melukakan hati anda. Sebagai contoh, anda memaafkan dirinya berlaku curang, memukul serta menipu anda. Ada masa anda perlu nyatakan bahawa anda marah akan sikap dirinya. Bukannya hanya memendam di dalam hati anda sahaja.

2. Sukar untuk menolak pemintaan pasangan.

Selalu turutkan sahaja pemintaan kekasih hati itu, tanpa berani untuk menolak atapun berkata tidak. Anda perlu tahu, ada waltu-waktunya yang anda perlu menolak pemintaan pasangan anda, terutama jika ia permintaan yang akan mengecewakan diri anda. Mengapa anda perlu berbuat seperti yang demikian? Hal ini kerana, tidak mahu anda dipandang sebagai seorang yang mudah diremehkan serta dipergunakan.


3. Perhubungan terhad.

Jika kekasih anda, dia boleh melakukan apa sahaja yang dia suka. Bahkan, dia juga boleh membatalkan pertemuan kalian. Tetapi jika anda, anda tidak boleh berjumpa dengan rakan-rakan anda bahkan apa sahaja yang akan anda lakukan anda perlu memaklumkan dirinya terlebih dahulu. Ini adalah satu perbuatan yang tidak elok. Anda toidak seharusnya membiarkan sahaja. Adalah lebih baik jika anda mula berbincang dengannya mengenai perkara ini.

4. Anda yang selalu mengeluarkan duit anda.

Dirinya baru sahaja bergelar kekasih bukannya sebagai seorang isteri ataupun suami yang perlu anda berhabis duit untuknya. Mungkin dia tidak mempunyai kewangan yang kukuh, tetapi itu tidak bermakna anda perlu berhabis duit anda untuknya. Bahkan anda juga membenarkan dirinya meminjam tanpa memulangkannya semula. Itu adalah satu perbuatan yang sangat salah. Pasti anda akan dipergunakan sahaja nanti.

Ketika di dalam percintaan ini, jangan anda terlalu banyak berkorban. Hal ini kerana, anda dan dirinya masih belum mempunyai satu jaminan masa depan bersama. Lain lah jika kalian telah sah menjadi suami isteri.


 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen