Teman Lelaki Tidak Cemburu, Itu Bukan Tandanya Dia Tidak Sayang.

Oleh: Zuzu Yasmine

Rata-rata menyatakan bahawa rasa cemburu itu adalah salah satu tanda dirinya sayang akan seseorang dan ada juga yang menyatakan bahawa setiap hubungan perlu adanya perasaan cemburu baru lah hubungan tersebut lebih bahagia. Tetapi ada sahaja pasangan diantara kalian bukan seorang yang kaki cemburu bukan? Adakah itu tandanya dirinya tidak menyayangi anda? Jika anda mempunyai masalah ini, pasti anda sedang dalam dilemma, tentang perasaan sayangnya terhadap anda bukan? Banyak sebab mengapa teman lelaki anda itu tidak mudah cemburu. Jom ketahuinya.



1. Dirinya tidak mahu timbulkan masalah.

Sekiranya sikap cemburu ini sentiasa timbul dalam perhubungan diantara satu sama lain, pasti ia akan menimbulkan pelbagai masalah. Hal ini menyebabkan ramai lelaki mengelakkan diri daripada mempunyai sifat rasa cemburu. Ia juga disebabkan tidak mahu menimbulkan suasana yang tegang serta membuat anda marah. Sebab itu mereka lebih memilih untuk bertanya berbanding terus menerus rasa cemburu.

2. Tiada ada perkara yang mencurigakan.

Walaupun ada merasakan perkara seperti berjalan dengan lelaki lain itu adalah satu hal yang patut dicemburui, tetapi ia tidak bagi seorang lelaki. Selagi tiada perkara yang mendatangkan rasa curiga dari pandangan matanya, ia bukan satu masalah baginya. Ini kerana, mereka tahu bahawa anda juga layak berkawan dengan sesiapa sahaja yang anda mahukan.


3. Fikirkan perhubungan yang dibina.

Perasaan cemburu ini mampu merosakkan satu perhubungan, tidak kira lah hubungan cinta, keluarga mahupun rakan-rakan. Ini adalah sebab mengapa orang lelaki ini kurang rasa cemburu terhadap dalam diri mereka. Mereka ini lebih memilih untuk melihat perhubungan mereka itu terus berkembang berbanding hidup dalam hubungan yang tegang.

4. Dia mempercayai anda.

Jika pasangan anda mempercayai anda, ia adalah satu perkara yang mengembirakannya. Bukannya satu perkara yang perlu dibimbangkan dan dipergaduhkan. Anda patut bersyukur jika miliki pasangan seperti ini, berbanding berjumpa dengan pasangan yang cemburu buta. Jika si dia sudah mempercayai anda, adakah itu masih tidak cukup untuk membuktikan bahawa dirinya tidak mencintai anda?

Jangan nilaikan rasa cemburu itu tanda rasa sayang seseorang terhadap anda. Ia adalah satu perkara yang sepatutnya dijauhi bukan didekati dan disukai. Jangan terlalu mudah untuk simpulkan bahawa dirinya tidak menyayangi anda apabila tiada rasa cemburu.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen