Manfaat Real Food Berbanding Susu Berbotol-Botol Untuk Anak-Anak.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kebanyakan ibu apabila anda menolak makanan yang lebih berkahsiat maka diberinya anak itu susu berbotol-botol yang disangkakan mampu memberi zat yang sama pada tubuh badan anak-anak itu. Sedangkan susu berbotol-botol ini hanya akan membuat anak-anak hilang selera terhadap makanan yang lebih sihat untuk tubuh badannya.

Jangan memandang ringan apabila anak tidak lalu makan ini. Bahkan jangan terlalu mudah untuk memberikan anak susu yang berbotol-botol ini, ia akan memudaratkan anak nanti. Banyak kebaikan real food ini berbanding dengan susu, berikut adalah penjelasan Dr. Suriyakhatun, akan perkara ini.



ANAK TAK LALU MAKAN? Bahagian dua.

Yang belum baca bahagian satu, elok baca dulu dan baca comments sekali.

Dalam comments ada banyak tips dari ibu yang berjaya hentikan susu berbotol-botol dan digantikan dengan real foods.

Manfaat gantikan susu kepada real foods memang banyak .

Antaranya:

1. Anak berselera nak makan.

2. Peningkatan sistem immune dan anak akan jarang sakit.

3. Perkembangan emosi dan motor yang baik.

4. Kesihatan usus yang optima.

5. Jimat belanja.

Saya bukan suruh hentikan pengambilan susu. Saya suruh hadkan supaya anak lebih banyak makan real foods .

Bila anak tidak sihat dan tak lalu makan pada masa-masa tertentu mungkin dia akan minta susu. Pada masa begini eloklah berikan susu.

Kenapa saya suruh pilih susu segar? Susu segar tidak ditambah sebarang kimia , perasa atau pewarna serta gula.

Anak lebih setahun sudah boleh diberikan susu segar. Kurang dari setahun dia boleh diberikan susu ibu dan susu formula.


                                      

Ada yang memberi comment bahawa bila saya suruh anak makan makanan seperti orang dewasa, anak akan mengambil makanan masin dan bergula dimana makanan ini tidak baik untuk kesihatan anak. Saranan ini adalah untuk anak yang lebih dari dua tahun tetapi saya perhatikan anak dibawah dua tahun pun tak suka makanan yang tidak ada rasa dan telah dilembutkan menjadi puree atau bubur. Ada anak-anak lebih suka nasi, mee dan meehon dari bubur dan puree. Selagi makanan itu sihat dan tidak berkimia berikanlah.

Tentang makanan anak tidak boleh diletak garam, Betul kah begitu?

Garam adalah keperluan badan dan disebabkan garam memang keperluan, kita tidak suka pada makanan yang kurang garam. Yang perlu dijaga adalah garam berlebih dan garam 'table salt' yang tidak mengandungi garam asli sebab telah di " bersihkan" ie refined dan telah ditambahkan bahan kimia untuk tidak bergumpal dan senang dituang.

Pilih garam laut asli atau garam bukit. Ini ada mineral selain sodium chloride. Walaupun begitu tak perlulah tambah kicap atau letak banyak garam untuk anak bawah setahun Biasakan dia makan dan minum yang kurang masin dan ada manis asli.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen