“Anak Jarang Dipeluk Akan Kurang Rasa Kasih Sayang…” Ikuti Perkongsian Cara Nak Sayangi Anak Remaja.

Apabila anak meningkat remaja, ia adalah satu masa yang sangat sukar buat diri mereka serta ibu bapanya juga. Mana tidaknya, pada ketika ini mereka ini sedang bersemangat untuk mencuba sesuatu yang baru, ingin merasakan apa yang rakan-rakan disekelilingnya lakukan. Dan ketika inilah mereka merasakan bahawa ibu bapa mereka kurang memberikan perhatian kepada mereka.

Bukan itu sahaja, mereka merasakan banyak perkara yang mereka lalui itu semua tidak adil. Di mana mereka masih tidak tahu jalan yang mana harus mereka pilih. Dan bagaimana mereka harus atasi segala perasaan yang sedang berleluasa dalam diri mereka.

Sebab itulah pentingnya untuk ketahui tanda-tanda bahawa dirinya kurang merasai kasih sayang daripada kita serta bagaimana untuk mengatasinya.



Berikutan itu, Encik Mohd Rizal Rais, petugas Psychotherapist di Hentian Dengar & Rawat ini telah berkongsi bagaimana untuk mengenali tanda-tanda anak remaja kita itu kurang kasih sayang serta cara untuk atasinya.

Salah satu tanda anak remaja kurang dapat kasih sayang ibu ayah ialah lihat bagaimana cara anak peluk ibu ayah.

           i. Ketika ibu ayah peluk anak-anak, perhatikan cara anak kita balas pelukan kita.

          ii. Jika cara dia peluk kita tidak seerat kita peluk dia, maka itu lah tandanya. Terutama 10 tahun ke atas.

Anak yang jarang dipeluk akan kurang merasai kasih sayang.

Bila anak kurang merasai kasih sayang, kesannya anak tidak akan tahu bagaimana nak menunjukkan kasih sayang mereka.

Terutama kepada ibu ayah dan adik beradik.


Kesan lain :

     i. Tidak pandai menghargai.

     ii. Kuat melawan.

     iii. Degil.

     iv. Kurang berkomunikasi bersama keluarga.

     v. Hubungan tidak mesra.

     vi. Mencari kasih sayang bersama pihak ke3.

Dan bermacam lagi masalah emosi yang akan membawa kepada masalah sosial yang lain.

Apa nak buat :

     i. Peluk anak setiap hari dan sekerap yang boleh.

     ii. Bila peluk, katakan betapa kita sayangkan mereka.

     iii. Sambil peluk selawat 3x dan doakan kebaikan anak.

Amalkan sekerap mungkin dan InsyaAllah hati anak akan tenang, emosi akan stabil dan mereka akan mudah diurus.

Moga Allah merahmati usaha kita semua.



Anda masih keseorangan?

964,233 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen