Antara Sebab Pentingnya Gelak Tawa Dalam Hubungan, Nombor 3 Pasti Ramai Tak Tahu.

Dalam meniti rutin harian pada masa kini, kehidupan menjadi lebih tertekan berbanding dengan zaman dahulu kala. Semakin teknologi berkembang, semakin kurang komunikasi di antara kita, apatah lagi untuk kedengaran gelak tawa. Hanya terhibur apa yang terkandung di gajet sahaja.

Komunikasi dengan manusia sangat penting terutamanya komunikasi dua hala, kerana ia menandakan kita mempunyai hubungan sosial yang sihat. Bukan sahaja dengan pasangan atau ketika bercinta sahaja kita perlu bergelak ketawa, hubungan sesama keluarga juga penting untuk adanya gelak tawa.

Jom lihat antara kepentingan gelak tawa dalam hubungan bersama pasangan, malah dengan keluarga…

1. Dapat mengurangkan rasa stress atau tertekan.

Secara saintifik, dengan bergelak ketawa mampu mengurangkan rasa tertekan di dalam tubuh badan kita kerana sistem imun secara tidak langsung meningkat dan mampu untuk mencegah pelbagai penyakit. Lebih-lebih lagi sekiranya bergelak ketawa dengan orang yang kita sayang, sudah pasti imun badan menjadi lebih tinggi dan merasa badan ringan dari pelbagai penyakit.

Malah, dengan bergelak ketawa mampu mengurangkan hormon kortisol di dalam badan dimana ia adalah pencetus untuk seseorang merasa tertekan dengan rutin kehidupan. Dengan kadar kortisol yang rendah, ia mampu untuk mencegah pelbagai penyakit dengan sementara dimana apabila seseorang sering berasa tertekan, pasti hormon bercelaru, migraine dan sebagainya.

2. Dapat membuatkan seseorang berasa tenang.

Apabila dapat bergelak tawa dengan orang yang kita sayang, sudah pasti kita akan merasakan sangat aman, tenang, nyaman dan lega sahaja. Ketika ini hormon endorphine dirembeskan dengan banyak, dimana ia berfungsi untuk membuat kita berasa tenang.

Dengan keadaan diri yang tenang, ia akan membuatkan kadar degupan jantung berfungsi dengan baik, malah perjalanan darah menjadi lebih lancar. Apabila saluran darah ini dioptimumkan fungsinya risiko untuk mendapat penyakit berkaitan jantung akan dapat dihindari.

3. Dapat memperbaiki pernafasan.

Kesan ketawa boleh membersihkan paru-paru. Ini sama seperti kita menarik nafas dalam-dalam. Ketawa amat membantu mereka yang mengalami masalah pernafasan seperti asma. Semasa stress pernafasan menjadi pendek, menyebabkan pengumpulan karbon dioksida dan sisa udara di dalam paru-paru. Ketawa di perut memaksa udara keluar dari paru-paru hingga ia menjadi kosong, diikuti dengan tarikan nafas yang dalam. Oleh itu, ketawa berulang kali boleh membersihkan tubuh dan menjadikan ia lebih bertenaga kerana kemasukan oksigen yang baru.

Ia juga baik untuk bahagian perut iaitu organ-organ dalaman sekitar perut seperti hati, buah pinggang, pankreas, limpa dan kelenjar ginjal. Hasilnya, aliran darah lebih lancar dan berfungsi lebik baik.

4. Dapat membantu mengurangkan sikap agresif.

Ketawa akan menyebabkan anda menjadi lebih tenang dan kurang agresif. Ini  boleh membantu anda membentuk perspektif yang lebih jelas tentang apa yang sebenarnya berlaku di sekitar anda. Dalam sebuah kajian, seseorang yang gemar untuk menonton video lucu kurang bersifat agresif berbanding orang yang tidak suka menontonnya.

5. Dapat meningkatkan kemahiran bersosial.

Perasankah anda bahawa dengan ketawa dapat memudahkan lagi seseorang untuk berhubung, berkomunikasi dan berinteraksi. Seorang yang mudah untuk ketawa akan lebih mudah untuk didekati berbanding seorang yang serius. Sesuatu perhubungan akan menjadi lebih akrab sekiranya sering ketawa.

Semoga Bermanfaat dan Selamat Beramal!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen