Jadilah Suami Yang Sporting Dengan Melakukan 6 Perkara Kecil Ini Pada Isteri.

Kaum lelaki memang terkenal dengan ego mereka, manakan mahu untuk melakukan perkara yang kecil, tidak penting, keanak-anakan dan tiada motif. Namun, itu semua boleh dilakukan ketika bujang, tidak ketika memiliki kekasih dan selepas berkahwin. Lelaki mana yang mahu melenturkan egonya semata-mata untuk perkara yang tidak penting, melainkan insan tersebut memang penting dalam hidupnya.

Setelah berkahwin, apa yang si isteri mahukan adalah suaminya bukan sahaja boleh jadi romantik, malah menjadi seorang yang sporting dan boleh melakukan apa jua perkara dengannya, termasuklah perkara yang boleh membuat pipi suami kemerahan.

Selain mengutamakan nafkah kewangan, suami juga perlu mementingkan nafkah kasih sayang pada isteri, bukan nafkah untuk hubungan intim sahaja seperti…

1. Menyanyi untuk isteri.

Suara tak sedap, tapi kena nyanyi untuk isteri? Kadang-kala permintaan isteri ni diluar jangkaan si suami. Kalau si suami memang gemar menyanyi, tidaklah sukar untuk dilakukan. Bagaimana pula dengan suami yang memang tidak gemar menyanyi, apatah lagi dengan suara yang tidak sedap? Lakukan demi isteri tersayang kerana itu caranya meminta perhatian.

Bukan menyanyi dikhalayak orang ramai pun, untuk dirinya sahaja.

2. Menangkap gambar candid isteri.

Ramai suami tidak melakukan aktiviti sebegini, dan menyangka ia adalah perkara yang tidak penting pun. Tidak penting untuk suami, tetapi penting untuk isteri. Golongan lelaki perlu tahu, golongan wanita memang suka bergambar tidak kira apa jua jenis pemandangan. Selfie, candid, gambar bersama keluarga, dan setiap momen pasti mahu disimpan.

3. Pegangkan handbag isteri.

Jangan malu pegangkan hangbag isteri ketika membeli belah, terutamanya ketika sudah memiliki cahaya mata. Nampak remeh dan memalukan, akan tetapi ia akan mengurangkan bebanan bahu si isteri. Isteri terlalu banyak perkara yang mahu fokus apabila ketika membeli belah, silap hari bulan, telefon bimbit pun tidak ingat letak kat mana. Sebab itu sukar untuk dihubungi.

4. Urut bahu isteri ketika menyusukan anak.

Ketika bertungkus lumus menjaga anak-anak, jangan lupa gembirakan hati isteri dengan mengurut bahunya. Bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan suami isteri, anak-anak yang melihat pun akan mendapat pengaruh positif daripada sikap kedua ibu bapanya. Ia secara tidak langsung akan menjadi contoh yang baik untuk anak-anak kelak.

5. Betulkan tudung isteri.

Nampak sweet, kan? Tak ramai suami mahu betulkan tudung isteri, terutamanya ketika ternampak rambut terkeluar dan sebagainya. Ada yang mengabaikan, dan ada juga yang menyuruh isteri lakukannya sendiri.

“Eh, rambut awak terkeluar tu, betulkan tudung..”

Jangan banyak cakap, ringankan tangan betulkan tudung isteri.

6. Pakai baju yang sedondon dengan isteri.

Situasi ini sering terjadi ketika hari perayaan ataupun untuk melawat mana-mana majlis. Si isteri pasti mahukan warna yang sedondon dengan suami yang tercinta, bahkan dengan anak-anak juga. Jadi, ikutkan sahaja kerenah isteri, selagi masih berlandaskan syariah dan tidak memalukan.

Selamat Mencuba Dan Selamat Beramal!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen