Bukan Berapa Besar Gaji Suami, Tapi Berapa Besar Tanggungjawan Suami. Itu Punca Rumahtangga Bahagia.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ramai yang beranggapan bahawa kekayaan itu adalah punca utama kebahagiaa. Mana tidaknya jika dilihat keadaan ekonomi sekarang ini, malah terdapat kajian yang menyatakan bahawa kewangan itu adalah punca utama penceraian.

Mana tak goyang hati-hati kaum hawa ini. Hampir semua kaum hawa mengharapkan satu perkahwinan yang sempurna malah hanya sekali seumur hidup, itu yang membuatkan mereka ini merasakan kekayaan itu adalah perkara yang memboleh mendatangkan kebahagiaan.



Dua insan yang asing sebenarnya boleh bahagia bukan sebab kerana kekayaan sahaja, tetapi kerana cinta. Yaa, cinta itu sebenarnya membahagiakan jika kita betul-betul amati. Sebab itu ramai diantara kita yang akan berkahwin kerana rasa cinta yang mendalam terhadap pasangan.

Bila dah kahwin, macam mana nak kecapi bahagia pula?

Sudah tentu dengan memiliki seorang suami yang tahu apa itu tanggungjawab. Apabila seorang suami tidak menyerahkan tanggungjawabnya kepada isterinya malah tetap memikulnya walaupun rasa perit itulah sebenarnya kebahagiaan. Di mana ia akan hadir dengan istilah susah senang bersama-sama.



Berkongsi tanggungjawab, malah tidak hanya membiarkan isteri seorang diri menguruskan segala hal yang kadang kala tidak terpikul di bahu isteri. Ini sebenarnya lebih bahagia berbanding kekayaan yang bila-bila masa sahaja akan habis.

Harta bukan punca kebahagiaan, tetapi erti tanggungjawab antara suami isteri itu mampu beri kebahagiaan yang sebenar. Walaupun suami tidak bergaji mewah, tak berkereta besar tapi kalau suami tahu hulur nafkah setiap bulan, suami tahu bantu isteri urus anak-anak malah suami tahu ambil hati isteri, itu adalah kebahagiaan sebenar.



Rasa bahagia ini tak boleh diukur dengan wang ringgit, malah rasa bahagia dengan ini boleh diukur apabila suami isteri tiada masalah dalam menguruskan rumahtangganya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen