Kadang Bukan Sebab Duit Atau Rupa Orang Perempuan Nak Reject, Boleh Jadi Sebab Anda Ada 5 Perkara Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kadang orang lelaki ingat perempuan reject mereka ini sebab muka tak handsome atau tak ada duit je, tapi sebenarnya banyak sebab mereka reject anda. Nak-nak lagi lelaki yang berlagak handsome, lagi lah perempuan cepat reject.

Yang tengah single tu, mesti tertanya-tanya bukan mengapa selalu je anda kena reject. Nak kata tak ada duit, ada duit siap naik kereta mewah lagi. Biarpun keinginan untuk memiliki pasangan itu ada, namun kerana ‘sikap’ anda sendiri yang membuatkan anda susah nak dapat pasangan hidup.



Bukan mudah untuk memikat hati perempuan dan juga memahami apa yang mereka inginkan. Sebagai lelaki, anda perlu guna ayat ‘power’ kalau nak tackle hati perempuan yang anda suka. Tapi, ada juga lelaki yang mempunyai perangai kurang menyenangkan yang buatkan anda di reject dan tiada perempuan inginkan anda.

Untuk lelaki, sebelum anda kecewa kerana cinta anda ditolak, kena tahu 5 perkara ini.

1. Suka buat lawak bodoh dan tak kelakar.

Perempuan memanglah suka akan lelaki yang kelakar dan pandai buat lawak, tapi kalau lawak anda bodoh dan hanya syok sendiri pun perempuan tak suka juga. Kena pandailah lawak apa yang perempuan suka dan apa yang tidak.

2. Suka mendesak.

Perempuan cukup tak suka kalau lelaki mendesak mereka. Kalau sukakan seseorang tak perlu la nak call dan mesej setiap masa. Sedangkan belum ada hubungan apa-apa lagi. Perempuan sukakan lelaki gentleman dan tidak tergopoh-gopoh. Nak-nak lagi yang mudah je panggil sayang ni, memang perempuan turn off.



3. Selekeh dan tak tahu bergaya.

Perempuan tertarik dengan lelaki yang kemas dan wangi. Perempuan anggap, lelaki yang tidak menjaga kebersihan diri, pasti rumah dan biliknya pun kotor. Dah tahu nak mengurat perempuan kenapa tak jaga penampilan dengan baik, lainlah kalau dah kahwin. Ini masih bujang lagi.

4. Terlebih confident.

Lelaki yang confident tinggi sangat ini sangat hambar bagi orang perempuan okay. Kalau semua anda je yang A memang cepatlah mereka ini menjauh. Perempuan bukan tak suka lelaki yang confident tapi kenalah bersesuaian.



5. Lelaki yang suka sentuh-sentuh.

Baru kali pertama jumpa dah suka main sentuh-sentuh, eh anda bukan suaminya lagi ye. Kalau macam ini sikap anda memang patut pun kena reject.

Kalau rasa nak jodoh cepat, nak kahwin cepat sikap-sikap macam ini memang kena buanglah. Kalau nak terus simpan memang sampai bila pun tak jumpa teman hidup.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen