Hati-Hati, Lelaki Suka Perhatikan Wanita Secara Senyap Apabila Berhadapan Dengan Anda.

Sebagai seorang wanita, kadang kala nak lalu depan lelaki pun agak rasa tak menyenangkan dan juga kekok. Mana tidaknya, rasa malu dan rasa diperhatikan memang akan sangat dirasai apabila anda bersedirian. Sebab itulah, kaum wanita ini digalakkan untuk menutup aurat agar jauh dari perkara yang tidak elok.

Namun begitu, bila berdepan dengan anda apa yang mereka selalu perhatikan. Tentu sahaja ini menjadi teka teki buat anda sebagai seorang wanita bukan. Mana tidaknya, kalau tahu bolehlah cover awal-awal, nampaklah sopan sedikit.

Siapa nak tahu apa yang orang lelaki lihat apabila memandang seorang wanita, ini antara beberapa perkara yang mereka pandang.


1. Senyuman

Paling mudah untuk dilihat adalah senyuman anda. Di mana, dia ingin tahu adakah anda ini murah dengan senyuman ataupun sukar nak kongsi senyuman. Bahkan senyuman ini satu tarikan, mana tahu dengan senyuman ini dia sebenarnya tertarik dengan anda.



2. Cara berpakaian

Lelaki ini akan lebih mudah untuk terpikat dengan wanita yang berpakaian menutup aurat, dimana bagi mereka ini adalah ciri-ciri pasangan yang sesuai. Sebab itu, bila anda mengenakan sesuatu yang sedap mata memandang akan lebih mudah untuk dapat perhatian lelaki.

3. Cara makan dan minum

Bab ini pun orang lelaki lihat, di mana dia nak tahu adakah anda seorang wanita ini makan dengan sopan ataupun begitu gelojoh apabila makan sesuatu. Kalau gelojohkan nampak macam tak sopan dan buat orang hilang minat terhadap anda.



4. Pandangan

Apa yang anda pandang dan bagaimana anda memandang itu pun akan dilihat oleh orang lelaki. Ini kerana, dia mahu tahu bagaimana anda memandang seseorang malah perkara yang bagaimana tarik pandangan anda. Macam tak percaya bukan?

5. Cara berjalan

Mereka akan lihat bagaimana anda berjalan, adakah penuh keyakinan atau sebaliknya. Adakah anda menundukkan pandangan, jalan penuh sombong atau bagaimana. Semua ini akan dipandang oleh orang lelaki walaupun dia itu bukan kenalan atau pasangan anda.

Orang lelaki akan memandang dan memerhati dahulu sebelum nak tersuka atau terjatuh cinta dengan seseorang.

Anda masih keseorangan?

968,333 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen