Pasangan Suka Periksa Telefon Bimbit, Tanda Dia Ada Masalah Psikologi. Cuba Check Sikit Pasangan Korang.

Oleh: Zuzu Yasmine

Mungkin sesetengah pasangan tidak rasa ia satu perkara yang perlu dipergaduhkan atau dijadikan masalah, kerana pasangan sendiri mempunyai hak untuk membuat pemeriksaan telefon bimbit pasangan mereka. Akan tetapi, ada juga yang merasakan bahawa setiap pasangan perlu mempunyai hak privacy mereka sendiri.

Bagi anda sendiri bagaimana? Adakah anda selesa dan tidak kisah jika pasangan anda selalu periksa telefon bimbit anda ataupun sebaliknya?


Berdasarkan pertikan artikel dari Psychologytoday menyatakan bahawa orang yang sering memeriksa telefon bimbit pasangan adalah tanda ia memiliki rasa percaya diri yang rendah (self-esteem) dan rasa ingin diakui. Secara psikologi ia merasa tak tenang karena bimbang pasangannya akan berpaling darinya.



Rasa ingin diakui memang perkara yang wajar dirasai oleh setiap manusia. Apatah lagi dari orang yang anda sayang dan sukai. Ketika rasa percaya diri rendah, orang lebih cenderung untuk menduga sesuatu yang tidak baik seperti adakah pasangannya curang di belakangnya kerana merasakan diri masih belum cukup baik. Hal ini akan menjadi punca tak ada rasa percaya dalam hubungan mereka.

Rendahnya kepercayaan diri dan menghargai diri sendiri akan membuat seseorang merasa dirinya dalam situasi yang tak tenang. Itulah sebab pentingnya setiap orang memiliki rasa percaya diri yang tinggi, bahkan dalam hubungan cinta.



Beberapa orang lebih suka memiliki batasan yang jelas untuk tidak sengaja menceroboh ruang privacy terutama memeriksa telefon bimbit. Jika ini masalah yang kamu hadapi saat ini, pastikan anda berbincang dengan pasangan anda.

Namun begitu, selalunya ia akan menjadi punca pergaduhan yang dan menuduh anda menyembunyikan sesuatu atau berlaku curang di belakang anda. Jadi bagaimana nak berdepan dengan perkara seperti ini?

Pastikan anda tidak melakukan sesuatu yang mencurigai pasangan, itu yang membuat ruang privacy anda tidak diceroboh malah anda juga lebih selesa.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen