Nak Jimat Kos, Tak Perlu Nak Merisik Terus Bertunang Jer.

Oleh: Zuzu Yasmine

Adat merisik adalah adat orang melayu yang masih menjadi ikutan pada masa ini. Adat ini dikatakan untuk bertanya status seseorang sebelum mengikat tali pertunangan atau meminang dirinya. Ada yang masih mengikuti adat bahkan ada juga yang telah melangkau adat ini dan memilih untuk terus bertunang sahaja. Akan tetapi ada juga yang menggabungkan merisik sekaligus bertunang kerana ingin menjimatkan kos.

Sebenarnya, apabila anda sudah berkenalan dengan calon pasangan anda bertahun-tahun, malah anda sudah kenal dengan ibu bapanya tentu sahaja anda tidak perlukan anda merisik ini. Mana tidaknya, bukan ke anda sudah tahu akan status bakal pasangan anda.


Jika anda mengikuti adat dengan pergi merisik, tentu sahaja kos perbelanjaan akan bertambah. Jadi adalah lebih baik kalau anda gabungkan sekali merisik serta bertunang jika ingin mengikut adat sekaligus menjimatkan kos.



Apa yang anda dapat jimatkan?

1. Perbelanjaan minyak kenderaan, tapi kalau si dia itu jiran rumah anda tidak mengapa.

2. Buah tangan, tak akan nak pergi rumah bakal mertua dengan tangan kosong pula. Sekurang-kurangnya kenalah ada sebentuk cincin dan buah tangan yang lain.

3. Bila tetamu dah datang tentu perlu sediakan sedikit jamuan. Tak akan nak biarkan tetamu pulang dengan keadaan lapar.



Jadinya, dengan keadaan ekonomi seperti ini adalah lebih baik kalau anda menggabungkan antara merisik dan juga pertunangan. Bukan apa dua perkara ini dapat menjimatkan sekaligus memudahkan segala urusan sebenarnya.

Namun begitu, perkara ini sesuai buat mereka yang telah berkenalan antara satu sama lain dengan agak lama. Akan tetapi, jika anda masih belum kenal dengan bakal pasangan anda adalah lebih baik kalau anda tidak mengikut cara ini. Melainkan, jika anda benar-benar yakin akan bakal pasangan anda itu tidak mempunyai pilihan atau orang lain.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen