Bila umur hampir mencecah 30an ini sudah tentulah rasa begitu bimbang, takut malah kadang kala rasa berputus asa mengenai bab jodoh ini. Bukannya tidak berusaha mencari, tapi pelbagai usaha telah dilakukan tetap sahaja tidak nampak hasilnya.
Sudah tentu ramai yang kecewa apabila memikirkan keadaan ini. Tapi jangan berputus asa dahulu dan kecewa. Mungkin Allah sedang menguji mengenai jodoh kepada anda. Insya Allah jodoh yang tepat pasti akan tiba bila sampai waktunya.
Sebenarnya anda sangat beruntung diberi kesempatan bergerak bebas lagi pada ketika ini, sedangkan rakan-rakan yang lain sudah terikat dengan komitmen yang sangat tinggi. Nak tahu apa untungnya?
1. Boleh mengejar kerjaya yang setinggi mungkin
Berkerja dengan gigih dan tekun tanpa ada gangguan cuti seperti cuti kecemasan kerana anak sakit, suami sakit, perlu membuat check up ataupun pengasuh tiada dan pelbagai perkara lagi. Anda boleh fokus kepada kerja anda tanpa memikirkan perkara lain malah ia boleh menjadi laluan yang bagus buat kerjaya anda.
2. Selamat dalam kewangan
Boleh anda bayangkan berapa banyak wang yang diperlukan untuk sebuah keluarga? Dari membayar rumah, kereta, pengasuh sehinggalah perkara kecil seperti barang makanan, sabun mandi, ubat gigi dan lain-lain lagi yang sememangnya diperlukan oleh semua orang. Jika anda masih bujang, anda hanya perlu memikirkan diri sendiri dahulu bahkan tidak perlu utamakan orang lain lagi.
3. Mempunyai masa yang lebih banyak untuk berehat
Selepas pulang kerja, anda masih bebas melakukan apa yang anda mahukan. Bahkan jika anda malas kemas rumah atau memasak juga tidak apa-apa, akan tetapi bila sudah berkahwin anda kena cekap menguruskan rumah tangga walaupun berkerja serta perlu sentiasa bertenaga hingga kadang kala mengabaikan rehat buat diri sendiri.
4. Berseronok bersama tersayang
Mereka yang tidak mempunyai kekasih atau pasangan ini bukannya forever alone, tapi mereka masih mempunyai rakan-rakan dan juga ahli keluarga. Disaat yang terluang boleh lah anda habiskan masa dengan mereka ini, seperti lepak bersama atau pulang ke kampung.
Baik sudah berkahwin atau masih bujang, kedua-duanya mempunyai peranan dan kebaikan yang tersendiri. Jangan hanya kerana anda masih berseorang ketika ini anda merasakan hidup anda tidak lengkap. Nikmati hidup anda dan masih sempat lagi mencari pasangan.
Tinggalkan Komen