Bila Kahwin Dengan Pasangan Ini Bukan Dengan Hanya Dia Sahaja, Tetapi Kahwin Juga Dengan Seluruh Ahli Keluarganya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila berlakunya pernikahan antara lelaki dan wanita lalu bergelar suami isteri, maka masing-masing akan mulakan sesuatu yang baru dalam hidup mereka. pengurusan hidup yang baru, tanggungjawab bertambah malah hubungan kekeluargaan yang juga baru.

Kalau dahulu, hidup anda hanya akan dipenuhi dengan keluarga anda sahaja, tapi kini bila berumahtangga anda akan mula masuk ke dalam satu keluarga baru yang anda tidak kenal pun siapa mereka dengan lebih mendalam. Saat ini, ia sebenarnya lebih mendebarkan berbanding saat anda ingin jalani hidup bersama pasangan.



Ini kerana, bila anda berkahwin dengan seseorang, anda bukannya berkahwin dengan dirinya sahaja tetapi anda juga akan berkahwin dengan keluarganya juga. Jadi baik buruk keluarganya, anda kena terima dengan hati yang terbuka. Malah, banyak perkara anda perlu mengalah jika melibatkan keluarganya kadang kala.

“dan kahwinkanlah orang-orang yang bujang (lelaki dan perempuan) diantara kamu, dan orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberi kekayaan kepada mereka dengan kurniaanNya, kerana Allah maha luas (rahmat dan limpah kurniaNya) , lagi maha mengetahui. ”

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Tidak ada nikah kecuali dengan wali.

Apa yang baginda maksudkan dengan hadis di atas ialah, pernikahan adalah tidak sah tanpa izin wali. Hadis berikut memperincikan maksud hadis di atas:

Mana-mana wanita yang bernikah tanpa izin walinya maka pernikahan tersebut adalah batal (baginda mengulanginya tiga kali)

Jika dua hadis di atas merujuk kepada anak perempuan, maka dua hadis berikut merujuk kepada anak lelaki pula. ‘Abd Allah ibn ‘Umar radhiallahu ‘anhuma berkata:

Aku pernah memiliki seorang isteri yang sangat aku cintai akan tetapi ‘Umar (bin al-Khaththab,yakni ayahnya) tidak menyukainya dan menyuruh aku menceraikannya. Namun aku enggan.Maka ‘Umar membawa hal ini kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan menceritakan apa yang berlaku. Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab (kepada ‘Abd Allah ibn ‘Umar): “Ceraikanlah dia.”[3]

Dalam sebuah kes yang lain, Abu Darda’ radhiallahu ‘anh berkata:

Bahawa seorang lelaki datang bertanya: “Sesungguhnya aku memiliki seorang isteri akan tetapi ibu aku menyuruhku menceraikannya.” Abu Darda menjawab: “Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, ibubapa adalah pintu syurga yang paling tengah. Terserah kepada kamu(seorang anak) sama ada untuk mensia-siakan pintu itu atau memeliharanya.”[4]



Timbul persoalan, bukankah yang berkahwin ialah anak? Maka kenapa pula perlu mendapatkan izin dan redha ibubapa? Persoalan ini dapat dijawab seperti berikut:

• Ibubapa adalah orang dewasa yang telah merasai asam garam kehidupan berumahtangga. Mereka memiliki pengetahuan yang luas, sama ada melalui pengalaman sendiri atau rakan-rakan, tentang apa yang dapat menjamin kebahagiaan rumahtangga dan apa yang tidak. Berbeza dengan kita sebagai anak-anak, yang dikenali hanyalah cinta. Lazimnya keputusan untuk berkahwin tidak didirikan atas apa-apa penilaian yang matang kecuali cinta semata-mata. Maka izin dan redha ibubapa adalah penting kerana ia dapat membantu dan membimbing kita membina rumahtangga yang berjaya.

• Perkahwinan bukan sesuatu yang melibatkan pasangan suami isteri sahaja, tetapi ia juga melibatkan keluarga daripada kedua-dua pihak. Justeru izin dan redha ibubapa memainkan peranan yang penting dalam menjamin kebahagiaan dan kesinambungan hidup berumahtangga.

• Mendapatkan izin dan redha ibubapa termasuk dalam keumuman sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maka jika kita ingin membina rumahtangga yang diredhai oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala, binalah ia dengan cara memperoleh keredhaan ibubapa terlebih dahulu.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen