Jaga-Jaga, Ini 5 Tanda Dia Hanya Mahu Berteman Bukannya Terus Ke Percintaan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Tingkah laku, gaya percakapan dan kemesraan seseorang memang boleh buat sesiapa sahaja rasa selesa dan memberi harapan. Kadang kala sikap seseorang akan mengelirukan diri kita, bahkan kerana sikap itu juga membuatkan kita akan terperasaan bahawa dirinya menyukai kita sedangkan anda sendiri tidak tahu akan perasaan sebenarnya.

Begitulah yang akan terjadi saat awal perkenalan, disaat kita berasa teruja dan merasakan dia itu adalah pilihan yang sebenarnya tapi rupanya dia itu tidak memiliki maksud yang sama seperti kita. Boleh jadi dia mendekati kerana senang berkawan dengan anda, boleh jadi dia selesa dan ingin menjadikan anda tempat luahannya. Semua itu pasti tidak berada dalam fikiran kerana terlalu teruja.


Berikut adalah cara untuk anda mengetahui dirinya ingin serius dengan anda atau sekadar ingin berkawan sahaja.

Berapa banyak dia hantar pesanan pada anda, tapi kalau sekadar perkara yang penting sahaja, tak payah nak berharap sangat

Setiap hari menghantar pesan kepada anda, tetapi kalau pesannya itu hanya sekadar perkara penting sahaja, itu bermakna dia tidak mempunyai perasaan terhadap anda. Boleh jadi hubungan anda dengannya hanya berlandaskan uruskan kerja sahaja tidak lebih dari itu.

Dia bersikap baik pada anda tapi perhatikan sikapnya pada yang lain pula

Mungkin pada anda dia kelihatan begitu manis dan baik sekali, malah dia juga bijak ambil hati anda. Tapi jangan mudah sangat terpedaya, boleh jadi dia melakukan perkara itu pada semua orang. Hanya anda sahaja yang cepat sangat beri perasaan pada dirinya.

Biasanya apabila berbual, apakah topik anda? Sekiranya terdapat minat, tentu saja juga merujuk kepada perkara peribadi

Seseorang yang menyukai anda akan lebih ingin tahu mengenai hal peribadi anda. Sebagai contoh, keluarga, rakan-rakan, kekasih ataupun kehidupan perbadi anda yang lain. Akan tetapi, kalau dia hanya sekadar bual kosong tidak menyentuh akan perkara ini, itu bermakna dia anggap anda sekadar rakan biasa sahaja.

Tanpa alasan yang mendesak, tiba-tiba dia membatalkan perancangan kalian berdua

Apabila kalian berdua telah membuat persetujuan untuk berjumpa dan habiskan masa bersama tapi tiba-tiba dia batalkan kerana ada urusan lain, mungkin anda bukan orang yang penting untuknya. Baginya, anda hanya sekadar rakan untuk menghabiskan masa yang terluang bersama sahaja.

Dia tak pernah serius untuk ajak kalian keluar berdua, biasanya ada sebab-sebab lain

Seseorang yang mahu kenal anda dengan lebih dekat lagi sudah tentu ingin meluangkan masa berdua dengan anda lebih banyak lagi. Akan tetapi, jika kalian kerap kali keluar beramai-ramai dan tiada masa berdua, itu menandakan kalian tak lebih dari rakan.

Layanan yang baik sememangnya memudahkan anda terpikat hati, tapi anda perlu bijak untuk bezakannya. Jangan begitu mudah untuk memberi harapan pada sesuatu yang tidak pasti.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen