Cinta Mula Berputik Lepas 163 Mesej Bersama Pasangan. Lepas Ini Kena Rajin-Rajin Balas WhatsApp Si Dia, Jangan Jual Mahal Lagi.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sekarang ini telah banyak laman mencari jodoh, ataupun aplikasi yang menemukan anda dengan seseorang yang baru. Perkara ini juga boleh dipratikkan melalui media sosial juga.

Cuma mungkin perlu keberanian sedikit untuk bertegur sapa dengan si dia barulah anda boleh ke langkah yang seterusnya. Kadang kala, sedar tak sedar dengan hanya berbalas pesanan sahaja anda boleh mempunyai perasaan suka dan sayang terhadap orang tersebut.

Haaa... terkejut bukan?



Kalau dulu dari mata turun ke hati, kini dari satu pesanan anda berjaya menambat hatinya.

Satu kajian yang dijalankan sebuah laman web e-dagang PIXmania menunjukkan kira-kira 163 mesej diperlukan untuk seseorang yang berusia bawah 25 tahun untuk jatuh cinta.

Namun, berbeza pula dengan mereka yang berusia 55 tahun ke atas, mereka memerlukan masa lebih 2 setengah tahun untuk memikat hati si dia.



Kajian yang juga diterbitkan dalam Journal of Couple and Relationship Therapy, secara purata, pasangan itu akan mulai jatuh cinta selepas 163 teks mesej, 224 tweet, 70 mesej Facebook, 35 email dan 30 panggilan telefon.
Tapi ia bergantung juga pada kandungan mesej yang dihantar.

Selepas ini kalau nak pikat seseorang, kenalah rajin-rajin membalas saling berbalas pesanan. Akan tetapi, jika pesanan tidak berbalas mungkin dirinya tidak berminat terhadap anda. Jangan terlalu berharap pula.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen