5 Sebab Dia Berpura-Pura Menyukai Anda. Aduh... Kalau Tahu Kebenarannya Tentu Kecewa.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kadang kala, mendekati itu tidak semestinya dia menyukai diri anda. Boleh jadi dia mempunyai niat yang tersembunyi yang tidak anda ketahui. Nak-nak pada masa ini, banyak perkara yang tidak boleh dipandang entang dan dianggap mudah sahaja, terutama dalam mencari teman hidup.

Buat wanita, siapa sahaja yang tidak suka apabila didekati seorang jejaka. Tidak perlu cari tetapi datang sendiri, sudah tentulah membuatkan anda akan menerimanya dengan mudah. Tapi hati-hati, sebagai wanita anda perlu lebih bijak dalam mencari rakan atau pasangan.

Kalau yang lelaki pula, jangan beranggapan bahawa anda akan selamat. Buatnya yang datang mendekati itu hanya ingin melukakan hati anda, tidak ke nanti anda takut nak jalinkan hubungan yang baru pula nanti.



Sudah tentu anda tertanya-tanya, mengapa dia tidak menyukai anda tetapi ingin mendekati anda pula. Sudah tentu ada sebabnya yang perlu anda tahu.

1. Kesiankan diri anda.

Siapa sangka hadirnya dirinya hanya kerana dasar simpati terhadap diri anda. Boleh jadi dia simpati kerana tiada yang ingin mendekati anda, maka dengan itu dia cuba untuk membantu anda tetapi dengan cara yang salah. Dimana, dia pula menimbulkan bibit-bibit yang tidak sepatutnya. Jadi jangan salah sangka kadang hadirnya dia hanya kerana simpati sahaja.



2. Ingin tumpang kelebihan anda

Zaman sekarang ini sudah tentu semua orang mahu hidup senang. Jadinya, berpura-pura menyukai seseorang itu bukan satu perkara yang sukar jika si dia mampu penuhi segalanya. Jadinya, buat mereka yang ada kelebihan seperti pangkat, wang ringgit dan sebagainya, lebih baik berhati-hati dengan mereka yang datang secara tiba-tiba ini.

3. Hanya ingin mempermainkan

Mempermainkan hati dan perasaan seseorang ini kadang kala adalah cara dirinya untuk hilangkan rasa sunyi ataupun terlalu inginkan perhatian. Jadinya, dia sengaja mendekati mereka-mereka yang kesunyian untuk dijadikan mangsanya. Nak-nak lagi bila dia bijak gunakan kelebihan yang dia miliki, tentu sahaja mudah masuk dalam jeratnya.



4. Pernah kecewa dengan sikap anda

Jika sebelum ini dia mempunyai sikap yang ikhlas dengan anda, tapi kini perasaannya berlainan pula. Sudah tentu ada perkara yang dia tidak jelaskan kepada anda. Seseorang yang pernah kecewa dengan sikap atau kata-kata anda kadang kala lebih suka berpura-pura dalam semua perkara.

5. Ingin mempertahankan hubungan

Kerana sayangkan hubungan yang telah bertahun-tahun itu, ramai yang memilih untuk terus berpura-pura dengan menyukai pasangannya. Walaupun dia tahu bahawa perkara itu hanya akan menyakiti dirinya sendiri, tentu ada sebab mengapa dia melakukan perkara itu. Sebab itu sebagai pasangan anda perlu lebih berhati-hati.

Ada yang datang dengan bermacam-macam tujuan tanpa anda ketahui, bahkan ada juga yang sudah di sisi tetapi berpura-pura walaupun hati terluka. Setiap orang mempunyai agenda mereka yang tersendiri, tapi yang lebih penting adalah anda lebih peka dan sentiasa berhati-hati.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen