Lelaki Kalau Dah Ready Nak Kahwin Mesti Mula Tunjuk Sikap Macam Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Susah nak jumpa dengan lelaki yang sudah bersedia untuk berkahwin, melainkan jika dia telah menjalani satu hubungan yang agak lama dengan diri anda. Biasanya, lelaki yang sudah bersedia untuk berkahwin ini sudah mempunyai pasangan atau pilihan mereka yang tersendiri.

Tapi jangan risau, tentu sahaja ada diantara mereka yang masih belum berpunya sudah bersedia untuk berkahwin. Cuma belum bertemu dengan calon yang sesuai sahaja. Jangan putus asa dulu okay!

Rata-rata wanita lebih selesa jika berkenalan dengan lelaki yang sudah bersedia untuk berkahwin. Ini kerana, bagi wanita lelaki seperti ini kelihatan lebih matang dan juga memikirkan masa depan mereka. Sebab itulah salah satu ciri penting dalam mencari calon pasangan adalah bersedia untuk ke satu hubungan yang serius.



Buat wanita yang mencari lelaki yang bersedia untuk berkahwin, ini 5 ciri yang perlu ada padanya.

1. Sikap bapa-bapa

Seorang yang sukakan kanak-kanak dan mudah mesra dengan kanak-kanak adalah antara sikap lelaki yang bersedia untuk mendirikan rumahtangga. Nak-nak lagi jika mereka ini tahu bagaimana nak melayani kanak-kanak, memang dia telah bersedia. Ini kerana, dia sedang latih macam mana nak jadi seorang bapa.



2. Fokus pada anda

Dia tidak akan sibuk dengan wanita lain, dia hanya fokuskan anda dan juga hubungan kalian berdua. Dia tidak akan membuang masa untuk perkara yang tidak pasti. Lelaki macam ini tak akan ada simpan perempuan lain tanpa pengetahuan anda.

3. Bertanggungjawab

Sangat jelas akan sikapnya yang begitu bertanggungjawab, tidak kiralah dengan keluarga, tugas mahupun dengan diri anda. Ini kerana, dia tahu bahawa seorang suami perlu memikul tanggungjawab yang lebih berat dan besar, sebab itulah dia mula bersedia dengan tanggungjawab lain dahulu.



4. Lebih utamakan yang penting

Apabila dia sudah bersedia untuk berkahwin, dia akan lebihkan perkara yang penting berbanding untuk seronok. Sebagai contoh, utamakan simpanan demi masa depan, kerjaya malah keselesaan hidup. Dia tidak akan buang masa untuk perkara yang tidak sepatutnya.

5. Ajak anda kahwin

Nak nampak jelas yang dia bersedia untuk berkahwin sudah tentulah dengan mengajak anda berkahwin. Susah nak jumpa lelaki macam ini. Kalau dia dah bersedia nak kahwin tentu sahaja dia akan terus ajak anda, tak perlu nak tunggu lama-lama pun.

Mungkin sekarang ini anda belum jumpa lelaki seperti ini. Akan tetapi jangan mengalah, teruskan mencari okay!



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen