Setiap Isteri Itu Ada Lebih & Ada Kurangnya... Tapi Suami Tetap Bertanggungjawab Sepenuhnya Dalam Keluarga.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang tentu mempunyai angan dalam pasangan hidup mereka. Kalau boleh dapat isteri yang sememangnya memudahkan kita. Tapi, tidak semua orang bernasib baik dapat pasangan hidup seperti yang mereka mahukan.

Ada orang yang dapat pasangan hidup begitu sempurna sampai orang lihat pun rasa cemburu, ada pula yang kurang sana sini tapi dia tetap isteri anda juga.

Setiap pasangan itu tidak akan sama. Baik isteri anda ataupun isteri orang lain. Masing-masing ada lebih dan kurangnya. Sebab itu pentingnya peranan anda sebagai seorang suami. Isteri itu amanah Allah s.w.t kepada anda, jangan persiakan kerana apa yang kurang padanya, tetapi lihat apa lebihnya dia dan sempurnakan dirinya.



Seperti perkongisan daripada Firdaus Shakirin ini, setiap isteri itu unik, tapi suami tetapi kena bertanggungjawab sepenuhnya terhadap anak-anak dan isteri.



Ada orang dapat isteri yang pandai memasak,
Ada orang dapat isteri yang tahu menjahit,
Ada orang dapat isteri yang pandai cari duit sendiri,
Ada orang dapat isteri yang boleh berdikari,
Ada orang dapat isteri yang boleh bersabar dengan karenah anak-anak,
Ada orang dapat isteri yang rajin mengemas rumah,
Ada orang dapat isteri yang pendiam, tak banyak cakap,
Ada orang dapat isteri yang kurang masa dirumah, tapi selalu membantu dari segi kewangan.

Tak semua orang dapat isteri yang cukup lengkap pakejnya, perfect. Pasti ada yang lebih disini, kurang disana. Mengimpikan seorang isteri yang boleh serba serbi itu tidak salah, tapi hendaklah berpaksikan dengan realiti.

Walau macam mana pun isteri kita, sebagai suami, kita tetap kena jadi suami. Kena tahu apa tugas, tanggungjawab dan kewajipan seorang suami.



Tak boleh la hanya tahu bagi duit, tp from A to Z urusan keluarga, isteri yang uruskan.

Tak boleh la hanya tahu keluar kerje balik kerje, tapi soal kebajikan hati isteri kita tak ambik peduli.

Tak boleh la dah bagi serba serbi pastu mengadap HP sepanjang hari, kena jugak tolong isteri buat kerja rumah, layan anak-anak.

Sifat dan sikap suami ni lebih menyeluruh kerana dia KETUA KELUARGA.



Dia suami, dia ayah, dia pemimpin dan dia bertanggungjawab terhadap mereka yang dipimpinnya. Maka oleh sebab itu, tugas dan tanggungjawab suami itu agak berat berbanding isteri.

Tak boleh bagi isteri ambik alih tugas kita, tak boleh bagi isteri buat tanggungjawab kita, tak boleh bebankan isteri dengan kewajipan kita.

Dosa tu.

Kita orang lelaki mampu untuk menjadi seorang suami yang baik dan ayah yang baik andaikata kita faham tugas, tanggungjawab dan kewajipan yang perlu dilaksanakan kerana isteri dan anak-anak itu diamanahkan Allah s.w.t kepada kita.

Kalau kita letak semuanya dibahu isteri, maka baik jangan jadi lelaki.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen