Bulan Puasa Masa Yang Sesuai Turunkan Berat Badan?

Oleh: Zuzu Yasmine

Bulan puasa adalah waktu yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam. Masa inilah masing-masing mengejar pahala yang berlipat kali ganda dengan beribadat sepanjang hari. Seperti yang kita tahu, umat Islam akan berpuasa selama sebulan dan ia bagus untuk kesihatan tubuh badan anda.

Bukan sahaja menyimpan niat untuk melakukan ibadat bersungguh-sungguh, tapi ada juga yang menyimpan niat untuk menurukan sedikit berat badan pada bulan yang mulia ini. Lebih mudah untuk mereka menunaikan ibadat selepas habis Ramadhan.



Menurut gulfnews, ketika berpuasa badan akan membakar kalori dengan lebih perlahan. Dia beralih dari menggunakan karbohidrat menjadi lemak sebagai bahan bakar utama dan memastikan sumber tenaga yang berterusan untuk tubuh.

Puasa dapat mencetuskan reaksi biokimia dari hormon glukagon dan kortisol yang merangsang pembebasan asid lemak dari tisu lemak ke dalam aliran darah. Asid lemak diambil oleh otot dan tisu lain dan dipecah, dioksidakan untuk menghasilkan tenaga dalam sel.



Adakah benar puasa dapat menurukan berat badan anda?

Makanan membawa hormon insulin ke dalam darah untuk memindahkan glukosa ke otot dan tisu untuk digunakan sebagai tenaga. Glukosa berlebihan ditukar menjadi lemak dan disimpan.

Walau bagaimanapun, cara yang paling berkesan untuk menurunkan berat badan adalah memilih rancangan makan yang sihat yang dapat diikuti dalam jangka masa panjang. Ramadhan dapat menjadi peluang yang baik untuk menerapkan pengubahsuaian diet yang sihat jika anda ingin menurunkan berat badan. Sudah tentu, dengan pelbagai makanan dan buah-buahan sihat yang dapat mengisi nutrien badan ketika berpuasa. Kurangkan pengambilan makanan atau minuman yang terlalu manis dan berminyak.

Pemilihan makanan yang seimbang adalah punca keberkesanan berat badan anda menurun. Jika anda makan lebih banyak dari biasa terutama ketika waktu berbuka, tentu sahaja anda tidak mempunyai peluang untuk menurunkan berat badan anda. Jadinya, bijak dalam memilih makanan adalah perkara yang lebih penting dan utama.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen