Bila Crush Balas Cinta Anda Pun Boleh Tiba-Tiba Turn Off Dengan Dia, Kenapa?

Oleh: Zuzu Yasmine

Siapa saja yang tak seronok bila crush membalas cinta kita. Boleh kata ini mimpi menjadi realiti. Tapi itulah, bila dinamakan crush dia mungkin hanya sedap dipandang tapi mengenalinya secara peribadi akan membuatkan anda turn off dengannya. Eh, boleh pula macam itu?

Sudah tentu boleh. Dulu anda hanya kenal dia dari jauh saja tapi bila sudah makin rapat dan dekat, mungkin ada beberapa perkara yang ada pada dirinya tidak menyenangkan anda.



Ini antara punca turn off dengan crush.

Dulu nampak sempurna kini ada saja yang tak kena

Bila makin kenal dengan seseorang, anda kana nampak pelbagai perkara mengenai dirinya. Boleh jadi kelakukan dia, sikapnya ataupun tabiat dia yang sebenar. Perkara ini yang menjadi punca anda turn off walaupun dulu anda mengangankan dia menjadi milik anda.



Rasa banyak persaingan

Bila dah namanya crush tentu mempunyai penampilan yang elok dan rupa paras yang boleh tahan. Sudah tentu dengan kelebihan itu, akan membuatnya mempunyai ramai peminat. Manakala anda pula akan mempunyai ramai persaingan, hubungan yang tidak selamat ini membuatkan anda rasa turn off dengan dia walaupun itu bukan salahnya. Tapi siapa suruh helok sangat.

Anda rasa dia sesuai sekadar crush bukan pasangan

Tidak semua orang sesuai jadi pasangan kita. Boleh jadi dia sesuai menjadi rakan baik ataupun sekadar kenalan saja dan anda rasakan itu terhadap crush anda. Perkara ini tak mustahil bila anda rasa tidak selesa berkongsi pelbagai perkara. Ataupun anda tiba-tiba tiada perasaan terhadapnya.



Kalian tidak serasi

Minat yang berbeza dan sosial yang berlainan membuatkan anda merasakan tidak sesuai buat dirinya. Mana tidaknya, dia sentiasa menjadi tumpuan orang manakala anda pula hanya sepihan saja dikalangan orang tersebut. Bila orang sekeliling tahu kalian berkawan atau berkenalan, masing-masing tidak yakin dengan anda dan merasakan ada yang tak kena.

Crush membalas cinta kita itu memang seronok tapi tidak semua crush sesuai jadi pasangan kita.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen