Orang Yang Abaikan 4 Perkara Ini Tanda Dia Mudah Curang.

Oleh: Zuzu Yasmine

Curang atau bermain kayu tiga sememangnya satu perbuatan yang sering kali melukakan dalam hubungan. Bahkan bila bercakap mengenai perkara ini saja, ramai yang boleh panas telinga mendengarnya. Sesiapa saja yang berdepan dengan keadaan dicurangi ini pasti terluka sehingga meninggalkan kesan dalam dirinya.

Curang itu sering kali dikatikan dengan pilihan seseorang. Jika dia benar-benar menjaga hatinya untuk pasangannya maka dia dapat elakkan perkara ini tapi jika dia sendiri acuh tak acuh akan hubungan mereka maka dia mungkin pilih untuk berlaku curang.



Satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Sex Research pada tahun 2017 menanyakan 432 lelaki dan wanita yang sudah berkahwin berusia 24-60 tahun mengenai alasan mereka tidak menipu pasangan mereka, dan nampaknya ada 4 sebab utama yang mendasari keputusan mereka.



Penyelidikan menunjukkan bahawa empat sebab utama seseorang tidak berlaku curang adalah akhlak yang kuat, memandangkan kesannya terhadap anak-anak, takut menjadi janda / duda dan kesannya kepada orang di sekitar.

Uniknya, orang yang lebih beragama juga menekankan bahawa moral dan kesannya terhadap orang sekeliling (terutama pandangan orang lain) sebagai alasan untuk mengelakkan kecurangan. Apabila seseorang tidak bermoral, dia akan mudah menipu. Kerana pada akhirnya kecurangan itu bukan hanya mengenai hubungan terlarang A dan B, tetapi melibatkan kehidupan banyak orang, terutama mereka yang ditipu, anak-anak dalam perkahwinan, keluarga dan sebagainya.



Anda boleh katakan, walaupun ada kesempatan untuk curang, tetapi selama seseorang berpegang pada empat faktor ini dalam hidupnya, dia akan tetap setia kepada pasangannya. Apabila mereka tidak berpegang pada kepercayaan itu, mereka akan mudah berlaku curang. Ini adalah pertimbangan kuat yang harus dimiliki oleh semua orang sebelum memikirkan untuk curang.

Jadi jika anda menemui seseorang yang merasakan dia takut untuk melukakan hati orang sekeliling dan sentiasa menjaga nama baiknya, dia adalah orang yang tidak akan berlaku curang pada anda. Ini kerana, apa yang dia pegang dan pandangan orang terhadapnya adalah perkara yang penting baginya.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen