Kenapa Lelaki Tiba-Tiba Hilang Minat Pada Anda?

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru berberapa bulan berkenalan tiba-tiba dapat ayat ini,

“Awak terlalu baik untuk saya...”

“Saya rasa kita tiada hala tuju...”

Ayat-ayat ini walaupun nampak biasa saja tapi bila diterima aduh boleh buat orang kecewa teruk. Biasanya orang perempuan akan dapat ayat seperti ini. Mana tidaknya, orang lelaki ini awal-awal je beria-ria, bila dah lama sikit mulalah bagi ayat macam ini nak lepaskan diri.



Buat anda yang tertanya-tanya mengapa lelaki lakukan perkara yang melukakan hati ini, haaa... ini beberapa sebab yang perlu anda tahu.

1. Lelaki dan wanita berada dalam jangka masa hubungan yang berbeza

Memahami garis masa hubungan sangat penting, terutamanya jika anda mencari jenis hubungan yang berkomitmen. Dalam 1 hingga 2 bulan pertama, lelaki pergi bercinta untuk melihat sama ada mereka mahu meneruskan hubungan atau tidak



Manakala 2 hingga 3 bulan kemudian, lelaki cenderung memutuskan sama ada hubungan itu berpotensi. Penting untuk diketahui pada awal temu janji adalah mewakili yang terbaik antara satu sama lain, anda tidak akan benar-benar tahu seperti apa pasangan anda sehingga 6 bulan.

Lelaki cenderung memerlukan lebih banyak masa untuk memutuskan sama ada hubungan tersebut dapat dilanjutkan ke tahap yang lebih serius atau tidak. Sekiranya anda tidak memberinya ruang yang cukup, dia biasanya akan tertekan dan lari dari anda.

2. Tidak diberi ruang untuk memutuskan apa yang mereka mahukan

Sebilangan besar lelaki memerlukan masa dan ruang untuk menentukan apa yang mereka mahukan. Wanita yang mendorong lelaki terlalu awal mengenai rancangan masa depan biasanya hanya akan membuatnya melarikan diri.
Jangan terlalu terburu-buru rancang masa depan anda, cuba untuk chill dan menikmati. Lelaki tak suka kena paksa-paksa ini, melainkan dia sudah bersedia.



3. Kehilangan minat, tapi takut memberitahu pasangan

Ramai lelaki benci luahkan perasaan mereka. Mereka biasanya hanya memilih jalan keluar yang terbaik untuk diri mereka sendiri.

4. Tidak minat pada diri anda lagi

Rasa tertarik dan teruja adalah yang menyatukan 2 orang dalam hubungan. Sayangnya kedua-dua perkara ini tidak mudah dicari dalam beberapa waktu hubungan awal berlaku. Bahkan lelaki juga seorang yang mudah jemu, jadi susah nak kekalkan hubungan kalau dia sendiri sudah mengalah.



5. Pasangan terlalu mengawal hubungan

Lelaki mudah hilang minat terhadap wanita yang suka mengawal hubungan mereka, bukan saja hubungan tetapi pasangan mereka. Dan semakin banyak wanita mengendalikan, semakin dia akan kehilangan minat untuk mengejar kembali.

Jatuh cinta itu mudah, nak bina hubungan juga mudah tapi nak kekalkan bukan satu perkara yang mudah!



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen