Nak Tahu Kalau Hubungan Korang Itu Suka-Suka Je Ke, Atau Dah Serius? Ini Tandanya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang kata dari perkenalan boleh menjadi rakan, bila dah jadi rakan boleh menjadi pasangan. Ada yang lebih bertuah lagi, dari perkenalan terus menjadi pasangan. Ini memang sangat dinanti-nanti, tapi tidak semua orang mempunyai rezeki seperti itu.

Tak apa, pelan-pelan kayuh. Nanti ada jodoh yang tepat buat anda. Kalau tak dia, ada yang lebih baik dari dia.

Tapi bila dah ada misi nak mendirikan rumahtangga ini, sudah tentu anda tidak mahu membuang masa. Kalau boleh saat perkenalan itu anda telah tentukan adakah hubungan kalian ini boleh pergi jauh atau tidak. Mana tidaknya, anda rasa buang masa kalau terus berhubungan dengan orang yang salah.



Tapi, bukan mudah nak tahu hubungan anda mampu pergi jauh mana, namun kalau hati masing sudah suka sama suka, tentu tak ada masalah. Ini beberapa tanda yang boleh anda perhatikan, sama ada hubungan anda suka-suka saja atau memang dah mula ke fasa serius.

Rasa selesa

Paling penting sebenarnya, bila dah rasa selesa masing-masing ingin kekalkan hubungan. Bukan mudah nak jumpa seseorang yang kita boleh rasa selesa dan masuk air sama-sama ini. Kalau tak jadi pasangan dapat jadi rakan baiknya pun dah seronok. Kalau anda rasa selesa dengan si dia, ada peluang hubungan nak pergi jauh.

Dikenalkan dengan orang sekelilingnya

Dia mula ambil langkah kenalkan anda dengan orang sekelilingnya. Walaupun bermula dengan rakan-rakannya dulu, anda sepatutnya dah boleh nampak usahanya untuk kenalkan diri anda pada orang yang terdekat. Tapi kalau terus bawa jumpa ibu bapanya, memang dah nampak apa yang dia fikirkan.



Bercakap mengenai masa depan

Tidak semua orang selesa bercakap mengenai masa depan, seperti misi dalam hidup atau apa yang anda ingin lakukan. Kalau kalian boleh bercakap mengenai ini tanpa ada bertenang urat dan selisih faham, ya kalian sememangnya memahami antara satu sama lain. Boleh nampak yang kalian sangat menyokong pasangan kalian.




Berkongsi perkara yang serius

Mula bercakap mengenai tanggungjawab, hutang, kewangan dan juga hubungan kekeluargaan? Nampaknya dia ingin mengenal anda dengan lebih mendalam dan juga ingin menguji anda. Sudah tentu dalam perbualan anda mengenai perkara ini adalah penentu arah hubungan anda selepas ini.

Tiba-tiba ajak kahwin

Jangan terkejut kalau tiba-tiba dia ajak kahwin. Itu tandanya dia sememangnya merasakan anda pasangan yang tepat. Dia mahukan anda sebagai teman hidupnya, jadi tak akan anda nak menolak?

Kalau ada yang macam ini, cuba pertahankan hubungan kalian. Fahami antara satu sama lain dulu dan kemudian kahwin lah.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen