Átasi Perasaan Takut Untuk Jatuh Cinta Dengan Lakukan Perkara Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Banyak kali terluka akan membuatkan kita serik untuk jatuh cinta lagi. Mana tidaknya, berjumpa orang yang salah dan dilukai malah terpaksa melalui proses move on ini bukanlah satu perkara yang mudah. Bila luka sudah terlalu dalam, nak jatuh cinta pun sudah tidak mahu.

Rasa trauma selepas dikecewakan ini adalah perkara biasa, akan tetapi bila sudah terlalu lama ia sebenarnya akan memberi kesan dalam diri anda sendiri. Mana tidaknya, bila anda sudah tidak mahu jatuh cinta, maka anda juga akan rasa untuk tidak mahu berkahwin.



Jadi bagaimana nak atasi perkara ini?

Jangan samakan semua orang

Bila anda terluka dengan seseorang, anda akan mula samakan dirinya dengan orang lain. Sedangkan setiap orang itu berlainan sikapnya. Jangan samakan bekas kekasih anda dengan orang lain, boleh jadi anda akan jumpa seseorang yang kecewakan anda itu hanya sekali saja, yang lain belum tentu kecewakan diri anda.



Singkirkan kritikan dalaman anda

Paling susah nak berdepan bila kita mula cetuskan satu pemikiran yang akan menutupi segalanya. Pemikiran yang ada itu akan membuatkan kita rasa takut dan rasa tidak mempercayai seseorang yang mendekati kita. Fikiran anda sentiasa memberi amaran agar anda berhati-hati dengan semua orang hingga akhirnya anda tutup hati anda untuk semua orang.



Buka peluang

Paling penting, anda sebenarnya kena membuka peluang kepada orang lain untuk datang dalam hidup anda. Jika anda sentiasa cuba elakkan diri dan tutup segala ruang yang anda, kemungkinan anda akan kekal sebegitu. Maka dengan itu buka peluang, dan nikmati pengalaman yang berlainan.

Ubah pandangan anda

Sekali kecewa tidak selamanya kecewa. Cuba ubah pandangan anda terhadap percintaan. Lihat, ramai saja pasangan yang bahagia dalam hubungan mereka. Jangan jadikan kegagalan dan kekecewaan anda itu penghalang untuk anda merasai kebahagiaan juga. Ubah pandangan anda dan nikmati kebahagiaan yang dinanti.

Anggap kelukaan dan kekecewaan yang pernah anda rasai itu adalah satu pengalaman hidup. Dari situ anda akan nampak kelebihannya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen