Ciri-Ciri Lelaki Yang Sudah Bersedia Menjadi Suami Serta Ayah Yang Baik.

Oleh: Zuzu Yasmine

Rasa susah nak jumpa lelaki yang sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga? Bimbang kalau terjumpa dengan lelaki yang suka-suka dalam hubungan? Sebagai perempuan tentunya kena lebih berhati-hati dalam memilih suami, tidak boleh asal pilih saja.

Nak tahu seseorang lelaki itu sudah bersedia untuk jadi seorang suami yang mampu membimbing serta menjadi ketua keluarga yang baik bukan mudah, malah nak tahu kalau-kalau dirinya ada ciri-ciri kebapaan sekali. Semua ini perlukan pemerhatian yang teliti.



Nak tahu macam mana lelaki itu sudah bersedia untuk menjadi seorang suami dan bapa kelak?

Dia mula menjaga solatnya

Sebagai orang Islam, solat adalah tiang agama. Tanpa solat jiwa akan kosong malah tanpa solat anda akan hilang arah. Maka dengan itu, bila mana seorang lelaki itu menjaga solatnya maka dia adalah orang yang sudag menentukan arah hidupnya dan mendirikan tiang dalam dirinya.



Rasa tanggungjawab yang lebih

Bukan mudah nak laksanakan tanggungjawab, tapi bila rasa tanggungjawab itu ada dia pun akan begitu mudah saja untuk laksanakannya. Tanggungjawab ini ada pelbagai jenis, tanggungjawab sebagai seorang anak, hamba, perkerja dan lain-lain lagi. Kalau sudah ada itu semua maka dia sudah bersedia untuk pikul tanggungjawab sebagai seorang suami dan juga ayah kelak.

Memikirkan masa depan

Dia sudah memikirkan masa depannya, dimana apa yang perlu dia lakukan akan masa depannya. Sebagai contoh, dia akan berusaha untuk mencari perkerjaan yang halal, malah cuba menyediakan apa yang patut sebagai suami dan juga ayah pada masa akan datang.



Jauhi perkara yang tidak berfaedah

Kalau dulu dia suka membuang masa akan perkara yang tidak berfaedah, kini dia mula berubah. Lebih fokus apa yang ingin dia capai dalam hidupnya. Kalau dulu suka melepak sampai tengah malam, sekarang sudah tidak lagi. Kalau dulu habiskan masa dengan game berjam-jam, kini sudah berkurangan.

Mula ringan tulang dalam mengemas rumah

Kalau dulu dia tidak kisah bagaimana keadaan rumah atau biliknya, tapi sekarang ini dia sudah mula hendak ke dapur membasuh pinggan, mula menjemur baju ataupun sudah mula kemas rumah. Kalau semua ini dia sudah mulakan langkah, maka dia sudah bersedia untuk menjadi seorang suami.

Perkara-perkara ini nampak macam tak ada apa-apa pun masa bercinta tapi selepas berkahwin, semua perkara ini tersangat berguna buat anda sebagai pasangannya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen