Kurang Makan Sayur & Buah Yang Mencukupi Risiko Kanser Usus.

Baru-baru ini memang mengejutkan seluruh dunia apabila telah kehilangan seorang pelakon popular Black Panther, Chadwick Boseman atau King T’chala. Mendengar punca kematiannya tentunya membuatkan ramai yang tertanya-tanya bagaimana ia boleh merebak ataupun apa punca kepada penyakit tersebut. Mungkin ramai yang jarang ambil tahu akan kanser usus ini.

Tapi bila berlaku berita yang mengejutkan ini tentunya ramai yang mula mengambil perhatian dan berjaga-jaga.

Ini perkongsian Public Health Malaysia mengenai punca penyakit ini.

Kanser usus merupakan kanser yang semakin menular dalam kalangan rakyat tempatan kerana boleh dikatakan ia merupakan ‘top 5’ dan umur pesakit yang didiagnos juga dijejaki semakin muda. 



Antara yang baru diketahui puncanya adalah daging proses. Risiko kanser kolorektal meningkat 19 peratus untuk setiap 25 gram daging proses yang dimakan setiap hari seperti hotdog atau sosej.

Bukan itu saja, risiko juga meningkat untuk yang gemar memakan daging (merah) dan juga mereka kurang memakan sayur.



Ketahuilah, 95 peratus rakyat Malaysia tidak memakan sayur dan buah-buahan yang mencukupi dan kanser kolon adalah kanser utama yang menyerang rakyat Malaysia!

Begitu juga mereka yang bergelar perokok tegar. Memang risiko yang diketahui ramai.



Jadi, kepada yang suka memakan makanan yang diproses dan daging merah, sentiasa kawal pengambilan anda. Jangan berlebihan sehingga menjejaskan kesihatan tubuh badan sendiri.



Anda masih keseorangan?

918,230 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen