63 kes dari Sabah, jumlah kes Covid-19 kembali kepada dua angka

Oleh: Zuzu Yasmine

Kes jangkitan Covid-19 kembali menurun selepas semalam mencecah tiga angka pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes keseluruhan penularan wabak itu sebanyak 10.576 kes setakat ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 71 kes baharu yang dilaporkan itu, dua kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan bakinya 69 kes penularan tempatan.



Jelas beliau, kes import itu membabitkan dua individu bukan warganegara.




Bagi kes tempatan pula, sebanyak 43 kes membabitkan warganegara manakala 26 bukan warganegara.

"Kes baharu Covid-19 hari ini Sabah kekal tertinggi 63 kes antaranya 10 Kluster Laut dan 47 Kluster Bangau-bangau.

"Kedah empat kes dan Selangor tiga kes serta tiada kluster baharu," katanya.

Kata Dr Noor Hisham, 64 kes yang pulih hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 9,666 kes iaitu 91.4 peratus.

Tambahnya, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 777 kes dan mereka sudah diasingkan serta diberi rawatan.

"Sehingga kini, enam pesakit positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan dua daripadanya memerlukan bantuan pernafasan," jelasnya.

Setakat tengah hari ini tiada kes kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) menjadikan kekal 133 kes.





Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen