"Dating bawak adik..." -Kelakar bila masing-masing ingat 'first date' bersama pasangan

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang tentu ada pengalaman ‘first date’ yang mungkin memalukan atau sangat kelakar untuk dikenang. Tak kesahkan dah jadi bekas kekasih atau masih lagi bersama tentunya first date dengan seseorang yang pernah ada perasaan istimewa ini lain betul kalau dikenang kembali.



Boleh jadi jika masih bersama pasangan saat ini, tentunya saat first date itu akan menjadi bahan jenaka antara kalian malah tentu akan menjadi bahan perbualan setiap kali merajuk dan marah.



Menerusi capaian Twitter Twt_Cinta mendapat perhatian dari warganet apabila bertanya mengenai pengalaman first date. Persoalan itu mendapat perhatian hingga ramai yang berkongsi pengalaman yang mencuitkan hati.



“Hilang macho aku...”


Kalau yang takut kucing memang akan habislah kalau-kalau haiwan comel ini mendekat.



“Partner caring kalah suami...”

Kalau dapat yang macam ini memang tak cari lain dah, belum kahwin dah caring dah kahwin lagi lah punya caring.



“Bawak pergi tolong mak...”

Boleh jadi ni saja nak test pasangan, boleh ‘masuk’ ke tak dengan keluarga dia.



“Korek tabung untuk buah hati...”


Untuk buah hati tersayang lakukan apa pun sanggup, nak-nak kalau nak meraikan hari terpenting.



“Redah 40km semata-mata nak lunch sama...”

Nak tanda betul-betul suka dan sayang, jauh mana pun sanggup diredah.



“Partner pemalu sangat...”

Ini pun susah juga, first date tak jadi macam date pun kalau macam nie.





“Dating bawak adik...”

Nak elakkan fitnah mungkin, jadi lebih baik bawa orang ketiga sebagai teman.



“Pickup naik teksi...”

Sebab nak dating punya pasal, sanggup naik teksi bersama yang tersayang.



Rata-rata warganet berkongsi pengalaman mereka first date bersama pasangan malah ada yang sudah mendirikan rumah tangga bersama. Tak ketinggalan, ada juga yang teringin merasai pengalaman sebegini kerana tidak pernah bercinta lagi.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen