Ingatkan 'orang aircond' rupanya bapa sendiri, sebak tengok pelukan erat anak hilangkan rasa rindu

Oleh: Zuzu Yasmine

Berbulan-bulan terpisah jauh tentunya akan melahirkan rasa rindu yang teramat sangat. Rindu nak bergurau senda dan merajuk dengan insan yang dipanggil bapa. Walaupun dapat lakukan panggilan video tetapi tidak sama dengan sentuhan yang diberikan.



Tujuh bulan berjauhan angkara wabak Covid-19 ini bukanlah satu yang mudah buat keluarga ini. Meskipun tahu bapanya keluar mencari rezeki tapi untuk tempoh yang lama tentunya melahirkan rindu yang teramat sangat. Itu lah yang dilalui oleh Massoezailin Saleh dan anak-anak selepas terpisah dengan suaminya selama beberapa bulan.

Menyamar jadi orang aircond

Tersentuh melihat rakaman video yang dikongsikan, dimana bapanya menyamar sebagai orang yang membaiki aircond dengan memakai topeng tanpa pengetahuan anak-anak. Namun begitu, anak-anak dapat merasakan bahawa lelaki tersebut adalah bapa mereka. Dalam yakin atau tidak, anak-anak ini terus tertanya-tanya adakah lelaki tersebut bapa mereka, bahkan inginkan kepastian mereka juga turut bertanya ibu mereka.



Rupa-rupanya memang betul

Setelah selesai membaiki aircond, lelaki terbabit memberikan kinder joy kepada tiga beradik ini, namun mereka agak malu-malu kerana risau lelaki tersebut bukan bapanya seperti sangkaannya.

Selepas memberi segelas air kepada lelaki tersebut, baru anak-anak ini sekadar bahawa lelaki tersebut sememangnya bapa mereka. Tersentuh melihat gelagat anak-anak ini yang terus memeluk ayah mereka dengan erat tanda menyimpan rindu yang teramat sangat.

Memang dah rancang

Rupanya perkara ini telah dirancang bersama isterinya selepas mengetahui suaminya dapat kebenaran untuk pulang dan tidak sangka rancangan ini menjadi seperti diharapkan.

Jelasnya lagi, suaminya akan bersama di sisi keluarga selama 14 hari dan seakan tidak percaya bahawa bersama ketika ini. Dikesempatan ini, anak-anak betul-betul menggunakan peluang sebaik mungkin habiskan masa bersama bapa mereka.


Perkongsian ini telah mendapat perhatian dari warganet yang rata-rata tersentuh melihat rakaman tersebut, malah ada juga yang berkongsi rasa apabila terpaksa berjauhan dengan insan yang tersayang.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen