BFF mengaku jatuh cinta dengan Aeril Zafrel, Wawa Zainal setuju bagi restu?

Oleh: Zuzu Yasmine

Siapa yang tak kenal dengan pasangan yang sentiasa ‘bersemut’ ini, Wawa Zainal dan juga Aeril Zafrel. Pasangan ini sentiasa menjadi perhatian ramai kerana sentiasa berkongsi moment romantik mereka berdua.


Suka lelaki seperti Aeril

Baru-baru ini, Wawa Zainal ada memuat naik satu rakaman saat dia berbual bersama salah seorang rakan baiknya. Mulanya wanita terbabit hanya berseloroh menyukai lelaki yang berpenampilan seperti Aeril Zafrel. Tapi dalam kesempatan itu, Wawa sempat bertanya sekiranya wanita tersebut tetarik dengan suaminya.

“So kau rasa Aeril hotlah...?”

“Kau tergoda la tengok dia...?”

Sengaja usik rakannya

Tak sangka akan ditanya soalan sedemikian rupa, rakannya itu hanya ketawa dan mengaku yang dia sememanya tergoda melihat Aeril Zafrel. Bukan hanya itu, Wawa juga sengaja kenakan rakannya itu dengan meletakkan gambar emoji love antara rakan dan suaminya.



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat Wawa menyatakan nasib baik memiliki suami yang setia malah ada juga yang merasakan Wawa terlalu positif akan perkara ini dan memintanya untuk berhati-hati.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen