Kahwin dengan lelaki yang tak ada kerja tetap, berbaloikah?

Perkahwinan merupakan perkara yang serius dalam kehidupan seseorang. Pemilihan pasangan yang tepat dan mempunyai kerjaya tetap merupakan ciri-ciri lelaki idaman.

Namun yang demikian, sekiranya berkahwin dengan lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetap adakah berbaloi?

 


1. Kehidupan selepas berkahwin


Sekiranya anda memilih pasangan yang tidak mempunyai pekerjaan yang tetap, kehidupan setelah berkahwin akan mengalami sedikit kesusahan. Antaranya, perlu tinggal di rumah ibu bapa sementara menunggu pasangan mencari rumah yang lebih baik. Namun, sebagai seorang isteri sikap bertoleransi dan memahami perlu ada agar dapat menjalani kehidupan rumahtangga dengan baik.


2. Perlu usaha yang lebih keras


Selain mempunyai sikap bertoleransi dan memahami, sebagai seorang isteri anda perlulah berusaha lebih keras untuk mencapai kehidupan yang diimpikan. Contohnya, saling bekerjasama dalam melakukan pekerjaan. Hal ini bukan sahaja dapat menjadikan kehidupan lebih baik malah dapat mengeratkan hubungan antara suami isteri.

 

 

 

3. Usaha si dia untuk memiliki anda


Sebagai seorang perempuan, kerjaya seorang lelaki atau bakal suami sering menjadi sorotan penting. Tetapi, seorang wanita juga perlulah mengambil kira usaha si dia seperti usahanya dalam menjalankan perniagaan kecil-kecilan hanya untuk memiliki anda. Ini terbukti bahawa dia serius dan bersedia menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami.


4. Disisihkan oleh ahli keluarga


Melayari bahtera perkahwinan bukan hanya berkahwin dengan pasangan sahaja. Tetapi, anda juga perlu berkahwin dengan ahli keluarga pasangan. Segala pandangan serong mahu pun tohmanahan daripada keluarga pasangan terpaksa di terima.

 

 


Kesimpulannya, berfikirlah secara matang sebelum memasuki alam perkahwinan. Segala tindakan dan keputusan yang di lakukan adalah tanggungjawab sendiri.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen