KKM panggil semula Jururawat bersara dan lantikan baharu bantu atasi Covid19

Oleh: Zuzu Yasmine

Gelombang ketiga Covid-19 ini sangat membimbangkan semua pihak. Maka dengan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menggunakan strategi saring, uji, asing dan rawat.


Berikutan itu, pesakit yang disahkan positif Covid-19 akan ditempatkan dalam pengawasan hospital agar wabak tersebut tidak merebak ke kawasan luar.

Peranan jururawat penting

Menerusi laman sosial Program Perubatan KKM, seramai 87,998 bilangan jururawat yang berkhidmat di hospital, klinik, dan fasiliti kesihatan lain.

Dilihat peranan jururawat sangat penting ketika ini bagi menguruskan pesakit yang dijangkiti Covid-19 serta pesakit biasa, seramai 3,307 jururawat telah dilantik secara kontrak bagi membantu mencukupkan keperluan perubatan dalam keadaan getir ketika ini.

Jururawat bersara dipanggil semula

Ini termasuk juga jururawat yang telah bersara apabila dilantik semula untuk sama-sama berjuang melawan pandemik tersebut di negara ini terutamanya di Sabah.

Manakala seramai 633 jururawat baru juga telah berkhidmat dalam Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memperkuatkan barisan petugas sedia ada iaitu hampir 88,000 tenaga.

Daripada jumlah tersebut, 668 orang jururawat telah dimobilisasikan yang melibatkan mobilsasi dalaman dan juga ke Sabah untuk memperkuatkan jentera tenaga perubatan di kawasan zon merah.

Perkara itu talah dimaklumkan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) KKM, Datuk Rohaizat Yon apabila menzahirkan rasa penghargaan kepada para jururawat ketika ini yang merupakan antara barisan hadapan negara.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen