Penat cari jodoh, akhirnya minta ibu carikan? Berhasilkah?

Oleh: Siti Nur Ain

Mereka yang sudah penat dalam mencari pasangan hidup, akhirnya ada yang mengambil jalan pintas dengan meminta ibu sendiri carikan.

Tidak kisah lelaki atau wanita, pasti ada yang mengalaminya. Tetapi adakah cara ini berkesan untuk anda mendapatkan pasangan?

1. Doa ibu mustajab

Ibu mana yang tidak mahu melihat anaknya bahagia. Kerana itu setiap doa akan mengiringi anak mereka, begitu juga berkaitan jodoh. Melalui doa dan keredhaan dari ibu, tidak mustahil anda akan mendapat jodoh yang tak disangka-sangka.

2. Lebih tahu yang terbaik

Orang tua lebih banyak makan garam, begitu juga dalam mengenali seseorang. Jika ibu anda memang berkenan menjadikan seorang itu sebagai menantu dia, pasti ada sebab mengapa pilihan ibu anda jatuh kepadanya. Dan tidak mustahil anda akan lebih bahagia dengan pilihan ibu anda.

3. Citarasa tidak sesuai

Setiap orang pasti memiliki cita rasa yang berbeza, terlebih lagi dalam mencari pasangan. Kemungkinan besar pilihan yang ibu anda carikan, langsung tidak berkenan di hati. Membuat anda berasa bosan dan hanya memandangnya sebelah mata.

4. Ibu dipersalahkan

Jika anda telah berkahwin dengan pilihannya, tetapi anda tidak bahagia dan terseksa. Anda akan mudah tawar hati kerana pasangan anda bukanlah pilihan sendiri. Ibu anda juga pasti akan berasa bersalah ketika melihat anaknya tidak bahagia dengan perkahwinan tersebut.

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Begitu juga dengan jodoh melalui ibu, ataupun pilihan sendiri. Tinggal anda sendiri bagaimana hendak memilih dan mengurusnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen