"Kes baru Covid-19 dijangka cecah empat digit akhir bulan Oktober ini..." -Dr. Noor Hisham

Oleh: Zuzu Yasmine

Gelombang ketiga pandemik ini tentunya menimbulkan ketakutan di hati orang ramai. Nak-nak lagi selepas melihat kes yang meningkat setiap hari. Kalau sebelum ini kes Covid-19 pernah mencecah empat angka, tapi semalam sekali lagi kes baru mencecah 1,240 kes positif yang dicatatkan tertinggi setakat ini.


Dalam sidang media perkembangan Covid-19 semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut menjawab beberapa soalan daripada pihak media berkenaan dakwaan mengenai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memanipulasi fakta mengenai angka kes positif di Malaysia.

Bukan manipulasi tapi fakta

Menurut rakaman video yang dimuat naik Astro Awani, Dr Noor Hisham menegaskan bahawa data-data yang diperolehi adalah data terkumpul sehingga jam 12 tengah hari dari seluruh negara.

“Data-data dikutip setiap hari sampai pukul 12 tengah hari dan ini menggunakan Sistem Informasi Maklumat Kesihatan Awam iaitu sistem yang kita ada.

“Ini bukan manipulasi dan ini ialah fakta yang kita ada dan kita dah gunakan fakta ini dari hari pertama,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, pihaknya mengjangkakan unjuran akan menunjukkan peningkatan kes kepada lebih 1,000 kes direkodkan setiap hari dalam masa terdekat.

"Selepas 31 Oktober, kita menjangkakan jumlah kes harian akan meningkat kepada empat digit melainkan kita dapat menurunkan nilai kebolehjangkitan (Rt) atau R-naught (R0) kurang daripada 1.

"Kita perlu melihat kepada unjuran bagi tempoh empat minggu sama ada ia turun daripada empat digit kepada tiga digit sehingga dua atau satu digit kes direkodkan setiap hari,” jelasnya.

Peperangan sengit bakal berlaku

Jelasnya, berkemungkinan besar jumlah empat angka itu akan berlangsung selama empat minggu lagi sebelum menjadi tiga angka semula.




Ketika ini, pihak KKM sedang berhempas-pulas memastikan penularan pandemik tidak terus berlaku terutamanya di Sabah kerana peningkatan jumlah kes di sana banyak mempengaruhi jumlah kes positif keseluruhan.

“Peperangan sedang sengit kita jalankan, terutamanya di Sabah untuk kita pastikan dalam mengawal dan membendung penyakit Covid-19 di negara kita khususunya di negeri Sabah,” katanya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen