"Tak mampu menyewa lagi..." - Suami isteri ubah suai bangunan lama jadi tempat berteduh

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam keadaan pendemik, boleh dilihat ramai yang berjuang untuk meneruskan hidup. Walaupun ada yang telah kehilangan pendapatan tetap, malah ada juga yang jalani hidup semakin sempit tapi itu bukan tanda mereka mengalah dalam meneruskan hidup.


Turut terkesan Sha Faheeda Al-Baity yang berkongsi kisah mengenai kehidupan keluarganya selepas diberhentikan kerja akibat wabak Covid-19. Dia yang berniaga dalam IPTA/IPTS terjejas pendapatan harian selepas kesemua institusi pendidikan itu tutup sementara waktu.



Bimbang tidak mampu bayar sewa rumah

Bimbang simpanan semakin surut, pasangan suami isteri ini merasakan mereka tidak mampu untuk menyewa lagi. Untuk tempat tinggal sementara dia telah meminta izin kepada ibunya untuk menggunakan tanah peninggalan datuknya.

Dengan izin ibunya, dia memilih tempat paling lama dan tempat yang tidak ditinggal oleh orang lain.



Bangunan lama jadi tempat paling selesa

Berkongsi kisahnya di Facebook Kelab Kaki Deko, dia menjelaskan keadaan rumah yang serba kekurangan dan modal terhad, namun telah mengubah suai bangunan lama menjadi tempat paling selesa buat mereka sekeluarga dalam masa tiga minggu. Kesemua ubah suai di dalam rumah itu dilakukan oleh suaminya sendiri yang sememangnya buat kerja partime bertukang.

Rumah yang luas itu telah diubah suai menjadi dua bilik supaya anak-anaknya selesa untuk berlari-lari.

Jelasnya, rumah tersebut belum disambungkan elektrik lagi. Kalau sudah selesai bolehlah dirinya menghias rumah sementara itu.

Dikesempatan itu juga, dia sempat bertanya kepada sesiapa yang berminat untuk mengupah suaminya buat rumah boleh terus menghubungi dirinya.

Perkongsiannya itu telah menarik warganet yang memuji hasil kerja pasangan ini, tidak hanya itu saja rata-rata mereka juga mendoakan agar keluarga ini dipermudahkan urusan.

 



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen