"Setiap Hari Tidur Dalam Kereta..." - 7 Bulan Tiada Pendapatan, Ebit Lew Dengar Keluhan Pemandu Teksi

Oleh: Zuzu Yasmine

Sentiasa menjadi yang pertama dalam menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Malah beliau tak pernah putusa asa walaupun pelbagai dugaan yang mendatang.


Baru-baru ini, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew menziarahi sekumpulan pemandu teksi di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang turut terkesan akibat Covid-19.

Hampir 7 bulan terjejas pendapatan

Berdasarkan perkongsiannya di laman Facebook, beliau yang tersentuh dengan masalah pendapatan tidak menantu yang dihadapi oleh para pemandu teksi sejak negara dilanda wabak pandemik.

“Susah nak dapat trip. Sebulan ada yang dapat RM400 macam tu pun ada. Sebelum ni langsung tiada. Dari bulan Mac sampai sekarang tiada pendapatan langsung...”

Sanggup tidur dalam kereta

Demi mencari sesuap nasi, mereka sanggup menunggu semalaman dengan harapan ada pelanggan yang memerlukan khidmat dari mereka.

“Berhari-hari tidur dalam kereta nak tunggu dapat customer. Jika ada. Tunggu barisan...”

Melihat mereka seperti mak, abang dan kakak sendiri, Ustaz Ebit Lew mampu menyumbangkan sedikit keperluan makanan harian kepada para pemandu teksi ini.

Berat bahu memandang, berat lagi bahu yang memikul. Diharapkan masih ada rezeki yang luas buat mereka yang terjejas akibat wabak ini dan mampu terus bertahan dengan ujian yang mendatang.




 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen