Ibu tunggal terpaksa tebalkan muka hutang mi segera demi anak-anak

Oleh: Zuzu Yasmine

Demi meneruskan hidup ibu tunggal ini terpaksa menebalkan muka berhutang dan bergantung harap kepada orang sekelilingnya. Itulah yang terpaksa dilalui oleh Rini Mohd Yusup, 41, yang kehilangan suami pada April lalu serta tiga anaknya Mohamad Safuan, 8, Mohamad Alsam, 6, dan Nor Saimah, 4.


Ganti tugas suami

Selepas kematian suaminya, yang merupakan warga Bangladesh, Saiful, 50, Rini terpaksa menggantikan kerja suaminya iaitu menoreh getah. Dia yang menetap di Kuala Krai mengakui bahawa dia tidak mahir menoreh getah tetapi terpaksa dilakukan demi mencari sesuap nasi buat anak-anaknya.

Rini yang dulunya hanya suri rumah menyatakan bahawa pendapatannya kini terjejas memandangkan keadaan cuaca yang kerap hujan menyukarkan dia untuk mendapatkan hasil getah.

Ingin pulang ke kampung halaman

Ibu tunggal yang berasal dari Acheh ini bertekad untuk kembali semula ke kampung halamannya sebaik sempadan negara dibuka suatu hari nanti memandangkan di sini sudah tiada siapa-siapa.

"Keluarga saya di Acheh sana pun susah dan hanya bekerja di kebun sayur tapi sekurang-kurangnya saya dapat berada di samping keluarga kerana di sini langsung sudah tiada sesiapa lagi, ujarnya.


Harapkan ihsan orang sekeliling

Jelasnya, jiran tertangga banyak membantunya dalam meneruskan hidup mereka empat beranak, malah kadang kala terpaksa berhutang mi segera buat anak-anaknya.

"Jiran tetangga semua baik dan sentiasa menghulurkan bantuan termasuk makanan menyebabkan saya tidak sanggup untuk terus membebankan mereka.

"Hutang di kedai runcit sentiasa ada sehinggakan saya sudah berasa malu untuk terus berhutang makanan tapi demi anak saya tebalkan muka kerana jika tidak, kami akan berlapar,” katanya.

Diharapkan keluarga ini dimurahkan rezeki dan dipermudahkan perjalanan pulang ke negara asalnya nanti.

 


 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen