Terlihat kelaparan, reaksi kanak-kanak dapat KFC dari pasangan ini sentuh hati ramai

Oleh: Zuzu Yasmine

Berkongsi rezeki kepada mereka yang memerlukan tentunya melahirkan rasa tenang di dalam hati. Walaupun tak banyak, tetapi dengan sedikit itu mampu ukir senyuman di bibir mereka memerlukan.


Beri KFC kepada dua kanak-kanak

Baru-baru ini tular satu video yang dikongsikan oleh Samuel Lee Wui Phung, yang mana merakamkan seorang wanita mengulurkan makanan kepada dua orang kanak-kanak. Berdasarkan pemerhatian, kanak-kanak itu kelihatan golongan yang kurang berkemampuan jika dilihat dari penampilan.

Kata Samuel, teman wanitanya telah membelikan makanan dari restoran makanan segera berdekatan, lalu memberikan kepada dua beradik itu kerana kelihatan lapar.



Reaksi kanak-kanak timbulkan rasa sebak

Tersenyum gembira dapat dilihat di wajah dua beradik itu selepas kekasihnya menghulurkan bungkusan makanan. Malah, si abang sempat mengangkat tangan sebagai tanda terima kasih.

Samuel juga menyatakan bahawa dia melihat dua beradik itu mengira duit yang dikeluarkan daripada poket masing-masing, itu yang membuatkan dia tergerak hati untuk membelikan makanan buat mereka.

Terima kasih atas bantuan

Rakaman video tersebut telah mendapat perhatian daripada warganet yang rata-rata berterima kasih atas budi baik yang dilakukan malah ramai yang sebak melihat dua beradik tersebut.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen