Berpisah bukan bermakna tidak boleh berkawan dengan pasangan

Oleh: Siti Nur Ain

Setiap perpisahan di dalam hubungan adalah perkara biasa, kerana kita tidak tahu adakah dirinya memang ditakdirkan untuk kita. Lagipula ketika itu kita masih dalam proses untuk mengenali hati budinya.

Tetapi adakah wajar kita masih lagi berkawan baik dengan dia selepas putusnya hubungan? Masih lagi bermesej, telefon dan keluar bersama-sama walaupun hanya sebagai kawan.

1. Sudah kenal sikap

Sudah pasti kita akan mengetahui sedikit sebanyak sikap bekas kekasih. Kerana pernah bersama-sama dalam satu tempoh tidak kira sekejap atau lama. Perkara ini pasti akan membuatkan kita berasa agak selesa ketika keluar dengannya, kerana tidak ada perasaan kekok antara satu sama lain.

2. Bersikap matang

Berpisah dengan kekasih bukan bermakna kita harus membencinya dan membuka aib agar rakan turut sama benci kepada dia. Berkawan tak bermaksud kita masih mengharap hubungan akan kembali terjalin, tetapi kerana kita dapat menerima dengan lapang dada bahawa dia bukan untuk kita.

3. Teringat kembali kenangan

Tetapi menjalin persahabatan selepas berpisah, juga akan menimbulkan kembali ingatan ketika masih bersama dengan dirinya. Terlebih lagi sikap manisnya ketika menjadi pasangan tetap ada walaupun telah berpisah. Sedikit sebanyak akan membuatkan kita teringin kembali ke masa-masa masih menjadi kekasihnya.

4. Pasangan bekas kekasih akan cemburu

Apabila bekas kekasih sudah mempunyai kekasih baru, kita harus berhati-hati kerana besar kemungkinan mereka akan cemburu. Terlebih lagi apabila mereka melihat kita masih rapat dengan kekasihnya walaupun hanya sebagai teman. Kerana besar kemungkinan pergaduhan akan terjadi di antara mereka yang berpunca dari kita.

Ingin berkawan atau tidak itu adalah pilihan anda kerana anda dapat berfikir kesan baik dan buruknya. Tetapi juga bergantung kepada situasi sehingga jangan lah sampai merosakkan hubungan lain.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen