Tiada pelamin hanya bilik pengantin sebagai penyeri, majlis kahwin pasangan ini beri inspirasi

Majlis kahwin sememangnya satu perkara yang patut dihebohkan, akan tetapi jangan sampai membazir pula. Mana tidaknya, orang sekarang ini sanggup berhabis dan berhutang demi majlis satu hari yang tak mungkin diingati orang lain melainkan pasangan suami isteri itu.


Cukup meriah kalau majlis tersebut diadakan dengan serba sederhana dan juga dikelilingi oleh saudara mara terdekat. Seperti pasangan suami isteri ini, tanpa pelamin mewah ataupun baju yang grand tetapi cukup manis bila majlis serba ringkas itu disambut oleh saudara terdekat.

Itulah cara Alfat dan juga Muhammad meraikan hari bahagia mereka pada Oktober lalu yang telah memilih warna putih serba ringkas.

Batal air sembahyang atas katil

Uniknya, pasangan ini memilih untuk bersanding di atas katil dalam bilik tidur rumah tersebut. Bahkan ketika membatal air sembahyang juga dilakukan di atas katil manakala tetamu hanya bergambar dari pintu saja.

Hantaran, backdrop, doorgift yang just nice

Bukan saja majlis yang serba ringkas tetapi konsep hantaran yang minimalistik juga menarik perhatian. Selain itu, antara yang mencuri perhatian adalah doorgift serta lukisan pasangan pengantin sebagai tanda terima kasih kepada tetamu. Backdrop dan juga banner juga simple tetapi nampak manis bila bergambar.

Tak perlu majlis besar-besaran yang berhabis duit sehingga terpaksa berhutang. Yang penting majlis sederhana tetapi meriah disambut dengan ahli keluarga, tak lupa juga keberkatan yang dicari.



Anda masih keseorangan?

895,418 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen