Hari terakhir isteri di klinik, Nubhan nyanyi lagu khas buat isteri tercinta

Oleh: Zuzu Yasmine

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi bersuara lunak yang terkenal dengan lagu ‘Ada Untukmu’. Terdahulu, kisah rumah tangga Nubhan pernah menjadi buah mulut orang apabila dirinya tular kerana melakukan ‘prank’ yang agak keterlaluan terhadap isterinya, Dr. Afifah Hidayah Tawfek Julai lalu.


Nak jadi suri rumah sepenuh masa

Menerusi perkongsian di Instagram, Nubhan telah menyanyi di salah sebuah klinik kesihatan. Ingatkan kenapa, rupanya selebriti lelaki ini telah menghadiri majlis perpisahan isteri yang berkerja sebagai doktor gigi.

Menurut Nubhan, isterinya telah membuat keputusan untuk bersara lebih awal kerana ingin menjadi suri rumah sepenuh masa. Dikesempatan itu, Nubhan menyanyikan sebuah lagu yang romantik buat isteri tercinta.

Romantik di sisi isteri

Dalam rakaman video itu juga, isterinya juga dilihat isterinya sempat bernyanyi di sisinya selain dilihat mendapat hadiah perpisahan daripada rakan sekerja.

Perkongisan itu mendapat perhatian dari peminat Nubhan yang mana mendoakan agar urusan Dr. Afifah Hidayah Tawfek dipermudahkan selepas ini. Malah, ada juga yang memuji sikap Nubhan yang begitu romantik saat bersama isterinya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen