Mula anggap abang angkat saja, tak sangka 'terangkat' jadi suami

Oleh: Zuzu Yasmine

Ada orang bercinta lama-lama tetapi hubungan tak ke mana, ada juga yang niat hanya nak berkawan tapi tahu-tahu duduk bersanding atas pelaminan. Jodoh ni sesuatu yang tak terduga, boleh jadi hari ni benci esok lusa jatuh sayang.


Mula-mula abang angkat

Seperti gadis bernama Liyana ini, dia tidak sangka bahawa lelaki yang digelar abang angkat itu kini telah menjadi suaminya yang sah.

Menerusi video yang dikongsi di aplikasi TikTok, Liyana mengimbau kembali saat diijab kabulkan dengan suaminya yang dianggap sebagai abang angkat pada 9 September 2017 lalu. Dia yang tidak sangka bahawa suaminya itu nekad untuk menghalalkan hubungan mereka.


Sudahnya suami isteri

Gadis berusia 23 tahun itu juga menyatakan bahawa mereka sememangnya rapat sehinggakan akhirnya memilih untuk bersama sebagai pasangan suami isteri. Malah, kini dia dan juga suami sudah mempunyai seorang cahaya mata sebagai tanda kebahagiaan dan cinta mereka.



Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagiaan pasangan suami isteri ini. Pada masa yang sama juga, ramai yang berkongsi kisah dan pengalaman mereka yang hampir sama dengan Liyana.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen